July 31, 2012

KebesaranNya



Sekadar santapan mata dan renungan hati dibulan Ramadan ini. 









E-mel lama dari seorang kawan.
GOD'S ART.







July 19, 2012

Miss Nadia punya cerita...

Terasa rajin plak nak menghapdate belog kusam masam ni. Kali ni cerita simple je lah tapi cukup bermakna untuk korang pikir-pikirkan masalah anak muda sekarang yang orang kata bakal mentadbir negara. Kat tempat korang aku tak tau la plak macam mana pesyen peel nya tapi aku rasa benda ni aku boleh ceritakan sebab kadang2 kita sendiri terlepas pandang bila kita tidak mengalami sendiri.




Kawan aku, Nadia nama dia. Dia ni teacher. Dia ajar B.Inggeris untuk form 4 and form 5 dan malangnya kelas yang ujung-ujung tu.

Cerita 1.

Miss Nadia ni bagi setiap student dia satu keratan akhbar dalam B. Inggeris. Semua pelajar diberikan satu kamus (maklumlah dalam kelas dia kadang-kadang tak samapai 10 orang pun yang masuk kelas). 

Miss Nadia  : Ok students, hari ni saya nok awok semua baca keratan akhbar tu pahtu gariskan perkataan yang awak tak tau makna (teacher mengajar guna B. Melayu sebab tersangatlah prihatin dengan ketidakberapapandaian students dia)

Students pun pok pek gedebuk gedebak la buat kerja.

Tiba-tiba...

Pelajar lelaki : Teacher, apa makna perkataan ni. Tak de pun dalam kamus.
Miss Nadia     : Mana? Meh saya tengok.

Pelajar lelaki tu pun tunjuklah perkataan yang dia tak tau maksud tu yang sememangnya tak ada dalam kamus. Terkejut beruk dia. Dah sah-sah la memang tak ada dalam kamus.

Masa dia cerita kat aku story ni aku rasa kesian plak kat dia dapat pelajar yang tersangatlah malang. Macam ni ayat Nadia ni masa dia cerita kat aku.

Nadia : Kak Dilla tau tak dia tunjuk kat saya perkataan 'China'. Ya Allah, frustnya saya kak.

Aku? Memang diam tak terkata apa-apa. 


Cerita 2

Pasal Miss Nadia jugak. Masa ni bengkel menjawab soalan exam. Tengah dia meround dewan tu ada seorang pelajar lelaki (lagi) panggil dia. 

Pelajar lelaki ni tanya kat Nadia..."Teacher, apa makna perkataan 't.h.e' ni? Budak tu siap eja satu-satu huruf. Nadia terlepas cakap. "Emmm...kesiannya awak dah 15tahun hidup tak tau 'the' tu apa.

Aku tak tau la plak apa reaksi pelajar tadi bila Nadia cakap macam tu. Yelah, kita ni manusia biasa. Kadang-kadang tak terkawal emosi bila frust + mungkin penat. Saya katakan frust kat sini bukan sebab frust putus cinta ke hape...tapi kadang-kadang saya sendiri pun frust sebab apa yang kita jangkakan tidak berlaku di realiti. Ya, saya assume semua pelajar lebih-lebih lagi sekolah menengah lebih senang untuk kita didik dan ajar sebab dah 6 tahun mereka di sekolah rendah. Rupa-rupanya masih ada yang sebegini rupa. Itu yang saya katakan tadi 'kadang-kadang kita terlepas pandang'.












July 16, 2012

i'm back

Sebulan lebih menyepi. Dah tak reti nak menulis dah. Selalu jugak menjenguk blog kengkawan. Seronok jer baca. Macam2 cerita. Keinginan tu ada tapi idea yilek. Kalau ada pun macam tak berapa nak da bom je aku punya cerita.

Dah sebulan lebih jugak aku tercampak kat tempat yang memang tak ada dalam list langsung. Tapi, masih bersyukur sebab tak senasib kawan-kawan yang tercampak jauh ke Borneo. Dan itu jugak bermakna dah sebulan lebih hidup aku dah punya rutin. Masuk pagar skul 7.15 pg dan balik 1.20 tgh tetapi kekadang sampai kul 3.30ptg aku masih di skul. Bak kata cikgu2 senior, 'biasala penyapu baru, semua kena sapu'. 





Aku ada satu kisah yang pada aku boleh cukup memberi kesedaran bahawa seseorang guru itu sentiasa mahu curahkan ilmu kepada pelajarnya selagi dia bernama 'cikgu'. Kejadian memang di depan mata aku. Cikgu yang aku panggil Kak Na memang bersemangat tiap kali nak masuk kelas dan konfem pelajar tak akan tidur bila dalam kelas dia suaranya memang sentiasa kuat dan jelas. Aku tengah menulis pada masa Kak Na ke kelas. Belum siap pun kerja aku, aku tengok Kak Na dengan dua belah tangannya penuh membawa buku dan beg pelajar kelasnya.

Rupa-rupanya pelajar kelas dia tak bawa buku teks dan Kak Na menyuruh mereka keluar kelas untuk meminjam buku teks Sejarah dengan kelas sebelah. Masa yang diberi 5 minit. Lebih daripada 5minit, tak nampak pun muka pelajar. Apatah lagi buku teks. Maka, sebab itulah Kak Na membawa semua beg pelajarnya masuk ke dalam bilik guru. Cadangnya jika sehingga habis waktunya dan jika pelajarnya tidak datang juga menuntut beg mereka, maka beg tersebut akan selamatlah berada di dalam bilik PK1. Dan pastinya jika pelajar tersebut mahu menuntut beg daripada PK1, konfem ada 'hadiah'nya sekali.

Lebih kurang 10minit selepas itu, datanglah lebih kurang 5 orang pelajar perempuan. Berdiri di pintu bilik guru. Memanggil-manggil cikgunya. Salah seorang daripada mereka dengan selambanya masuk ke bilik guru dan menuju ke meja Kak Na. 

'Maaf cikgu, lain kali saya tak buat lagi. Lain kali saya bawa buku teks' (sambil bersalam dengan Kak Na, nak mintak mahap ler tu). Dan begitu juga rakan-rakannya yang lain.

Dan aku tahu betapa kecewanya cikgu-cikgu yang mengajar di kelas tersebut sebab aku pernah diberi peluang mengajar kelas itu. Aku sendiri pun tak tahu apa motif diaorang datang ke sekolah dengan bukunya tak bawak, kekadang cikgu je yang ada dalam kelas pelajarnya merayau ke kantin, tandas, koperasi dan ada jugak yang melepak di belakang sekolah mengadap hutan yang memang tak ada pemandangan langsung.

Tadi pun kesabaran aku hampir-hampir berada di puncak. Nasib baik masih waras lagi. Aku tak marah kalau pelajar aku tak pandai sebab tak pandai akan jadi pandai jika diajar dan  pelajar memberi kerjasama. Yang aku marah sangat tu, dah tau tak pandai tapi masih perasan pandai. Kat rumah tak nak baca buku. Padahal kemarin aku dah bagitau. Bila cikgu marah mula la nak anti ngan cikgu. Semua nak 'makan suap'. Mana aci bai. Aku bukan apa, kesian kat mereka2 dan keluarga mereka je. Bila tengok markah pekse, 7G 1E 1D.  Perjumpaan ibu bapa baru-baru ni, aku dapat tengok sesetengah air muka mak bapak yang kecewa dengan prestasi anak2 mereka. Anak2 plak masa tu tersengih2 je la. Esok masuk kelas tidur jugak. Aduhai, masih tak sedar-sedar diri lagi.

Membebel plak mak cik.
Chow dulu la.
Bai.