November 27, 2011

Masterchef Malaysia: Cabaran Peti Saji

Assalamualaikum...

Cewahhh...tajuk tak hengat. Ni semua gara-gara penangan Masterchef Malaysia la ni. Update sambil tengok ulangan Masterchef, ginilah jadinya. Ini story hari jumaat lepas. Boring-boring tak tau nak buat apa, tambah lagi dengan musim hujan perut selalu lapar. Maka terhasillah 'Puding Gula Hangus Biskut Marie'. Muahahaha...

Yang ni saya try buat dulu bukan yang betul-betul. So, kecik ajelah. 5 biji telur saja. Biskut marie 8 keping. Pastu saya tambah coklat chip. Kukus dan dah siap letak dalam peti. Best makan sejuk-sejuk.


Bety buat lawak. Alea cakap ngan dia meh makan puding. Bety cakap 'makan puting'...sampai ke sudah dia tak tau nak sebut puding. Asik la duk sebut puting.

Taraaaaaa.....inilah dia.....


Oklah.Jumpa lagi.
Bai.

November 26, 2011

Musim Hujan Jom ke Lata Hujan

Assalamualaikum...
Hai all. 4-5 hari lepas hujan tak berenti-renti kan? Masuk hari ni dah 2 hari hujan kejap-kejap je. Hari ni bolehlah meronda-ronda tengok air banjir tapi kebanyakkan tempat dah tak banjir dah. Jadi, tadi tanpa dirancang ke Lata Hujan. Sesaja jer. Baju pun tak bawak. So, takleh la main air. Tengok-tengok je lah sambil perasan jadi model.






Tunjuk skill ambik gambar nature.

Malu-malu nak peluk

 Kena suruh baru 'on'. 


Bety kalau tak suruh senyum memang TAKKAN senyum.



Okeh. Jom balik. 

Banjir di Kelantan dah semakin baik. Tak tau la nanti-nanti kalau hujan lagi. Selagi tak habis musim dia selagi tu la boleh main air lagi.
Bai.

November 19, 2011

Apa cita-cita anda?

Assalamualaikum...


Haishhh....dah lamanya dah tak update belog ni kan? Berangan nak update tetiap hari...angan-angan je lah...

Ok...korang ingat tak time sekolah rendah dulu-dulu time cikgu tanya 'bila dah besar nak jadi apa?'. Tak pun time sesi perkenalan kan...cikgu suruh bagitau nama dan lain-lain dan part cita-cita mesti ada gak kan?

Pastu, cita-cita kebanyakannya mesti ada polis, doktor, askar dan macam-macam lagi. Bila dah besar kalau cita-cita tercapai memang syukur Alhamdulillah. Macam aku masa kecik memang tak teringin pun nak jadi cikgu. Bila dah besar skit bila dah reti pikir kan barulah memang tinggi sangat cita-cita nak jadi cikgu. 

Aku ada satu cerita nak share kat sini. Cerita pasal anak cikgu ERT kat sekolah dulu. Budak-budak sekolah rendah dalam darjah 1-3 tu bila rambut ada kutu biasala kan. Tapi, ada jugak yang mak pak ambik berat tak der lah tangan kat kepala 24 jam. Masa tu aku dan kawan-kawan tengah masak-masak. 

Kelas ekonomi rumah tangga memang itu la kerjanya. Tak menjahit, memasak. Bila kitaorang boring-boring kitaorang pun borak-borakla ngan anak cikgu. Rasanya dalam darjah 3 kot budak tu. Budak pompuan. Dah tengahari masa tu. Kawan aku ni jenis yang terlebih peramah. Dia siap pegang-pegang main-main ngan budak tu. Pastu dia cakap ngan aku...kepala budak ni kutu  banyak gila. Pastu kitaorang buat macam biasa je la. Duk borak-borak lagi....kitaorang tanya la pulak budak ni pasal cita-cita dia. Biasalakan nak mengisi masa lapang. Orang lain duk sebuk memasak. Kitaorang buka kelab bual. Nak tau budak tu jawab apa. Cita-cita dia nak jadi penternak ok. Oooo...memang tak sangka gila la kan memang jarang gila la budak umur 9 tahun akan jawab macam tu. Jawapan yang biasa akan dijawab mesti kerja-kerja yang grand-grand. Kerja kerajaan. Kerja besar-besar kan. Ok sambung pasal budak tu tadi. Kawan aku pun cakapla kat budak tu...'Ohh...ok la tu jadi PENTERNAK KUTU yang berjaya ye lepas ni...'

Kecoh dalam kelas tu pasal cerita budak tu. Jadilah buat story hari tu sebab kelas tu memang boring gila.

Ok...korang lak macam mana? Tercapai tak cita-cita?


Budak ni aku tak tau la tercapai tidak cita-cita dia nak jadi mekanik bila dah besar esok.



Ok. Bai.
Jumpa lagi ye...

November 3, 2011

TU DIA......



5,000 mahasiswa UPSI tuntut jaminan


NORAINI Idris (tengah) menerima memorandum daripada Afiq Mislan yang ditemani oleh sebahagian daripada 1,000 penuntut UPSI di UPSI Tanjung Malim, semalam.
Utusan Malaysia 3.11.2011

Ni lah budak budak UPSI yang semangat menentang kenyataan TPM hari tu. Diaorang siap buat sudut pidato lagi kat UPSI. BAGUSSSSS.. memang patut pun buat macam ni. Biar gelabah sikit orang yang bagi statement ntah hape-hape ntah. 

Meh haku copy paste kan untuk korang yang malas nak tekan link, ok.

TANJUNG MALIM 2 Nov. - Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).


Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.


"Mengapa kekosongan jawatan guru diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan memorandum tuntutan penempatan pemegang ijazah itu kepada Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr. Noraini Idris di sini hari ini.


Tuntutan tersebut turut disokong oleh Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI.
Dalam memorandum setebal lima muka surat itu, mereka turut menggesa Kementerian Pelajaran menghentikan pengambilan GSTT sebagai guru tetap kerana golongan tersebut sepatutnya menjadi sokongan dan bukan pilihan utama.


Ahad lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 GSTT.
Afiq Fikri berkata, pihaknya berharap UPSI akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.


"Kami menuntut agar kementerian tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional.


"Kementerian juga perlu mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi," katanya.
Mengulas lanjut, Afiq Fikri berkata, tuntutan itu dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan UPSI.


"Kebanyakan graduan UPSI menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka.


"Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak kami sebagi guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut," ujarnya.


Ramai yang post kat fb pasal tak puas hati. Ni aku ambik yang aku rasa macam 'Eh eh betul jugak budak ni cakap kan'.



Aku pun tak tau la sekarang ni dah macam mana. Kenapa dulu tak der masalah macam ni pun. Masa praktikal hari tu cikgu-cikgu lama cakap diaorang dulu senang, habis je  belajar, lepas praktikal je dah boleh kerja. Tak sempat nak rehat kat rumah. Ada tu yang praktikal kat situ mengajar pun kat sekolah sama. Dengan ujian tak der, interview pun tak payah nak hadap. 

Sekarang ni, sebelum masuk pun dah memang kena saring betul-betul. Itu aku tak kisah lah. Memang patut la buat macam tu at least langkah bijak untuk menangani isu-isu yang -ve pasal cikgu-cikgu. Tu pasal dia buat ujian dan interview. Nak mengajar pun ada lagi ujian ngan interview. Pun aku tak kisah. Tapi yang aku kisahkan ni pasal apa dulu masa nak ambik student cakap ini unjuran kerajaan. Bilangan pelajar berapa orang ni memang dah konfem dah. Siap cakap MOU pun dah tanda tangan. Alih-alih macam ni pulak. Duk saling salah salahkan pulak. Tanya uni cakap macam tu, tanya KPM sendiri cakap macam ni...

Tak perlah, kita tengok la dulu apa kata KPM lepas ni.