September 29, 2011

Entry Borong

Hallo...

 Alea-burger malaysia

 Burger malaysia

 Pulut kaya- pulut yang kaya ya

Buah timun betik-santan, gula melaka, ais

 Sirap laici blended

 Pengat pisang

 Sayur pucuk paku masak lemak pedas

Goreng pisang-Pisang goreng


Memang entry makanan secara pukal.
Bai.

September 20, 2011

pija oh pija

Hai ladies,


Semalam saya mentry membikin pija pula sebab kefrustsan kek pisang volcano tu. Naseb baik menjadik pija ni. Resepinya diambil di sini. Cuma toppingnya saya buat sendiri le. Letak sos tomato, mayonis, hotdog, sayur campur dan chesdale. Siap. Bakar pulak dalam 20 minit.






 Before

 After

Tengah duk sebuk masak untuk dinner tengok-tengok ni je yang tinggal. 
Naseb baik sempat gak aku rasa 2 pcs.


Dapat buat 2 tudung periuk je. Nasib ma tak tau aku guna tudung periuk dia. Kalau tak...bisiiiing le member. Menu hari ni tak tau lagi. Nak masak apa pulak ye.

Bai.

September 19, 2011

Kek Pisang Volcano

Hai...


Pernah tengok tak gunung berapi meletus real depan mata? Saya pernah. Tapi bukan volcano yag real tuh. Maunya tak cukup kaki nak lari kalau betul-betul. Memandangkan sekarang ni tak der buat apa, so, saya merajinkan diri la mencuba resepi-resepi yang ada. Dan jugak memandangkan bekalan pisang sekarang ni mudah untuk didapati saya pun nak lah mentry buat kek pisang yang ada kat sini. Kat blog ni cantik jer kek pisangnya. Gebu. Sedap pun sedap. Saya pernah try ok. Jadi, ketung ketang ketung ketang sesorang kat dapur di tambah lagi sambil duk 'menghoi' larang anak-anak dan anak buah yang memang ganas bab-bab mengharukan rumah ni.

Untuk kek pertama ok jer jadi. Cuma terlebih masak rasanya. Lagi satu kat umah tak der ovalete. Keknya jadi buncit tengah. Eh? Kembung kat tengah la. Geram pulak rasanya sebab tak berapa nak jadi. Apa lagi, untuk memuaskan hati saya pun meng'oter' lah resepi. Saya doublekan sebab nak hasil yang lebih besar. Hahaha...jadi beginilah jadinya...




Siap ada terusan tu...


Letupan  kecil berlaku lagi

Bety tanya ' Mama letak coklat ke atas tu?'.
Ye. Mama mu ini memang memahami faveret anak2. 
Hai anakku kalaulah kau tahu kejahilanku ini.

Selepas digergaji bahaian yang hot itu beginilah akhirnya rupa kek pisang ku.

Ini percubaan yang pertama. Masa saya tengah nak ambl gambar ni Bety duk merayu-rayu nak makan kek ni. Siap tunjuk dengan jari nak lambangkan sikit pun jadilah dia nak makan. Kesian.


Akhirnya, habis jugak la kek volcano ni. Ma saya siap tapaukan untuk jiran yang datang ke rumah petang semalam. Haisshhh..

Bai.

September 16, 2011

Mengumpat ketupat

To those yang duk tertanya-tanya macam mana rupanya 'tupat dakap' yang saya duk cerita dalam entry lepas, ha cam gini la rupenya. 'Tupat' tu untuk ketupat, dakap tu pelukla. Tengok leklok ler gambo kat bawah ni. Sebab tu la kot dipanggil 'tupat dakap'. Yang ni  ma saya yang buat malam semalam. Sensorang dia duk bungkus malam tadi. Isi kat dalam dia cam ketupat tiga segi. Saya rasa kuih ni boleh timbul sebab bagi yang tak reti nak buat ketupat tiga segi tu senang je. Pi cari daun pisang pastu letak atas api bagi dia lembut-lembut sikit pastu balut la pulut yang dah di masak.






Bai.

September 15, 2011

Rumah saya

Hai antis2, nama saya Alea. Umur saya 6 tahun. Saya ada adik. Nama adik saya, Bety. Saya selalu kena pukul dengan Bety. Saya, kalau Bety nak pukul kepada atau nak sepak. saya biarkan aje. Saya suka tadah kepala saya. Saya tak lari. Lepas tu kalau rasa sakit baru saya nangis. Kadang-kadang kalau rasa geram sangat baru saya pukul Bety balik.

Hari ni saya pergi sekolah macam biasa. Cikgu sagya dah dua hari tak ada kat sekolah. Dia kena jaga suami dia kat hospital. Kat sekolah ada pembantu cikgu. Nama dia 'Mama Hae'. Dua hari ni dialah yang ajar saya. Hari ni dia ajar saya melukis. Tajuk dia 'Rumah Saya'. Jadi saya pun lukislah. Nak tengok hasil contengan saya tak...










Cantik tak antis2?
Ooppsss...side ni saya lukis kipas ada 4 bilah.




Yang ni saya sempat kaler bunga saje. Rama-rama plak sekerat je. Tadi balik dari sekolah saya terus tunjuk kat mama saya. Mama saya kata 'Comelnya rumah kakak'. Ok. Sebenarnya saya tipu. Bukan semuanya saya yang lukis. Pasu bunga tu Mama Hae yang lukiskan.


Oklah anties2, saya nak tengok tv dulu. Lagipun saya serabut dengan si Bety ni, duk melaung nak suruh mama dukung dia je. Saya dulu masa kekecik tak delah macam tu pun.

Bai.


Yang Benar,
Alea.

September 14, 2011

Sentiasa kuingat

Assalamualaikum...
Tengah buat apa tu you all? Malam ni rasa nak update pulak. Tak der la citer hot sangat cumanya bila duk melangut kat umah sesaja rasa bosan la pulok. Ni tengah taip entry sambil duk terpekik-pekik marah kat anak-anak ngan anak buah yang duk main kejar-kejar ni. Memang 'sakit jiwa' dengan budak-budak ni. 


Kekawan dalam fb semua duk post bosan tak kerja la, ada yang kata syukur esok ada interview la, ada yang kata gembira sedang bekerja la. Ada pulak tu yang jadi reporter tak bertauliah untuk kami-kami. Kalau nak tau sebarang info pasal uni ke, posting ke, isi form posting ker bolehla pm dia. Dia pun siap promote diri lagi nak jadi informer. Macam-macam.

Sebelum raya tempoh hari adalah hari terakhir praktikal. Apa lagi...memang tak mengajar sangat la. Student tak mau belajar. Aura raya sudah mali. Padahallll seminggu lagi nak raya tu. So, hari tu ambil kesempatan la nak berposing dengan cikgu-cikgu. Ngan student je tak tersnap sebab malasssss...

Ayu-bakal pengetua-Pengetua

Cikgu-cikgu


Jiran sebelah dalam bilik guru

Kak Ros tokey segala-gala kat sekolah.


Cikgu pembimbing gua

suasana hari raya....macam ni la situasi last day sekolah
masa ni student pun ambik kesempatan masuk bilik guru nak mintak maap
selamat haaaari raya cikgu


Ada la sikit cenderahati dari student sebab tau lepas raya dah tak jumpa kan.
Agaknya kalau aku single lagi mesti lagi banyak kan..:)
Lawok.

Lepas ni nak try usha as guru ganti lak. Boleh ke tidak. Ntah. Try la dulu.
Oklah jumpa lagi lain kali ek.
Bety duk sibuk nak angkat kerusi letak depan tv ni. 
Memang tak bolehhhh la.
Bai.

September 8, 2011

Hari ni anakku beraya

Hai...

Kalau raya mesti kanak-kanak yang hepi kan. Kat sekolah plak mesti ada jamuan raya. Hari ni kat tabika Alea ada wat jamuan raya. Balik sekolaj semalam dia cakap cikgu suruh pakai baju raya esok. Pastu bawak biskut raya Kat bekas tu tulis nama takut nanti tertukar bekas sebab kalau ada kuih lebih tu cikgu akan bahagi-bahagikan bawak balik umah. Jadi, malam tadi aku buatkan lah kek coklat atas permintaan Alea.  Sebab lagi satu memang kek ni je yang aku reti buat + bahan-bahan kek untuk raya hari tu ada lagi, so habiskan lah yang ada. Inilah rupanya. Alea suruh bubuh love love tu.


Bai.

AIDILFITRI 2011

Assalamualaikum...

Selamat pagi...selamat hari raya lagi...hehehe..raya ke berapa eh? raya ke 9 kan? Biarlah raya ke berapa pun, bulan syawal kan 30 hari...so, rayalah korang yang masih tak puas beraya kat kampung tu ye. Sambung raya kat bandar. Open house konfem berlambak-berlambak kat bandar kan. Kat kampung biasalah, tersangat jarang orang nak buat open house sebab hari-hari memang open pun. 

Seriusly, raya tahun memang tak ingat langsung nak ambik gambar segala-segalanya. Gambar anak-anak, anak buah, makanan, family dan tuan punya blog. Nak kata sibuk tu boleh la sibuk jugak. Nak melayan orang datang beraya. Gambar juadah raya langsung tak ada. Memang aku tak ingat langsung. Cuma ada satu je aku sempat snap. Kek coklat yang aku ambik resepinya kat sini. Hari last puasa tu 5 bijik aku buat kek ni. Seharian memang aku tak dapat nak duduk langsung. Mana nak kemas rumah lagi. Layan anak-anak lagi. Letih. 


Malam raya pulak ma buat kuah kacang ngan gulai ikan nak makan nasi minyak esoknya. Aku buat ayam masak merah je. Memang macam lipas kudung le ke sana sini aku ngan ma sebab memang dua orang je ada kat umah. Yang kelakarnya ma aku berlagak nak buat 'tupat dakap'(aku tak tau bahasa bukunya apa, guna dialek je la ek). Beras pulut dia masak sampai 2 kg. Daun pisang siang-siang suruh aku ambik 10 batang. Dah lepas masak kuah kacang tu dia start la membungkus tupat dakap tu. Dia SORANG je nak habiskan pulut 2kg. Memang TAK HABIS la. Siap tidur sekejap tepi bekas pulut tu. Aku duk sibuk masak ayam merah memang tak boleh nak bersila sekali la. Aku cakap ngan ma aku...'agah(berlagak) nak buat banyak-banyak, ingat ramai kakitangan ke?'..dia jawab 'tu la'...hahahaha....

Pagi raya tu siap jugak la tupat dakap dia tu tapi sampai hari ni masih ada satu bekas lagi pulut yang belum dibungkus dalam peti ais. Mana nak sempat dah sorang je. Tu pun sepupu aku datang tolong dah tengah malam dah. Dia boleh cakap kat sepupu aku tu kalau nak tupat dakap ambik pulut bungkus sendiri la...hahahaha...

Ini bukan menu berdiet

Aku dah lupa sejak bila aku pandai makan salad buah ni. Dah lama dah rasanya. Pandai makan je lah. Tak terpikir pulak nak buat sendiri. Dan tak terpikir jugak benda memang senang nak buat. Sampailah satu hari tu masa aku pergi Cameron Highlands lawatan sekolah. Ada wife cikgu dia cerita malam-malam dia akan makan salad buah je. Aku pun cakaplah aku suka makan jugak tapi tak tau nak buat macam mana. Dia pun ajarlah. Rupa-rupanya senang jer. Potong-potong buah pastu letak sos salad buah je. Kalau nak tambah yogurt or mayo pun boleh. Lor...senang bangat. Aku pun mentry buat sendiri lor. Jadik.

Dulu aku selalu beli benda ni kat giant. Buah-buah yang dah agak-agak nak lembik tu dia buat salad ni la kot. Sekarang dah boleh buat sendiri.

Oklah itu sajalah cerita hari raya yang tak havoc tu. Next entry pulak ye.
Bai.