March 30, 2011

sapa punya keje la ni...

Assalamualaikum...

Selamat pagi...

Kerja ke? Hahaha!!! Saya tak. Bestnya duk saja-saja ni ha. Belek2 nuffnang. Terkojut mak. Ingat belog mak ni ada cerita panas ke? Memasing kalau cerita tutttt cepat je google. Ni saper tersesat pun tak tau lah.



Tidaaaakkkk...Saya pun pembekal ye..
'jom ke kati cerita gambar bogel'  
Apa maknanya tu. Haku pun tak paham..


ps: Belog mak suci murni ye...
Bai.

March 29, 2011

mak ngah yang merah

Assalamualaikum...
Hi...

Aku pun tak faham apa relevannya mak ngah dengan warna merah. Asal merah je mesti sebut mak ngah. Mal long, mak lang, mak su tu nak warna apa plak? Biarlah,tak payah susahkan kepala pikir ye tuan tuan puan puan adik adik sekalian. Mak ngah dalam cerita aku ni bukanlah mak ngah yang sebenarnya juga tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia. Jom tengok mak ngah yang aku maksudkan tu...




 

suka sangat ambik gambar sendiri. beginilah rupenya.
 

ini lah mak ngah nya. tudung senget pun tak per asal boleh bergambar. 'peace' adalah trademark mak ngah ni.



Ok. Itu aja cerita pasal 'mak ngah' kita pada kali ini. 'Mak ngah' yang suka merah 'menurun' ma toknya.
Bai.


March 23, 2011

kalau macam ni memang ke laut la diet aku....ewah!


Assalamualaikum.

Hai! Berjumpa lagi kita dalam siaran seterusnya setelah perjanjian mengupdate belog setiap hari dimungkiri. Okeh, tak nak cerita panjang-panjang kita terus ke acara makan-makan pada hari sabtu lepas. Surprise birthday party for my sister FIL. Saya dan kakak saya adalah orang yang bertanggungjawab menyediakan segala mala makanan yang ada. Tak banyak pun makanannya. Ekzejeret je lebih. Lagipun dah memang kami ajo yang ado dalam umah tu, maka kami dua orang la yang masak kan. Nak suruh Chiro? Chiro tengok mickey mouse boleh lah..




Red velvet cake by my sister. Haku nengok ajo. Sedapppp!!!
Dah namanya birtday party haruslah ada kek kan...
Apa? Senget? Oh! Kek ni memang macam tu *penipu*.
Jangan hanya memandang rupa luaran sahaja kerana dalamannya lagi penting sebab walaupun senget benget tapi tetap sedap.


Sate. Garlic bread +mushroom soup, sosej parata roll *aku letak sendiri nama ni*


Eh! ada tambahan di sini. Tapi namanya aku tak tau. 
Roti panjang potong senget2 pastu sapu butter letak 
tomato pastu bubuh sardin or tuna dan letak plak mayonis dan sos cili.
Korang letak sendiri la nama dia haper.
Mak tak kesah.

Ruper garlic bread. Walaupun hitam tetap habis.
.

Ha! ni dia birtday boy...oppssss...birthday uncle...caya lah uncle...
Budak demok tu nama dia Aidan. Cucu uncle. Anak buah suami kepada kakak saya.
Hahaaaa! Sajo nak panjangkan ayat.



Sekian sudah pertemuan kita dalam rancangan membuncitkan perut di hujung minggu.
Bai.

March 12, 2011

senang hati sikit...

Assalamualaikum...

Hajat dihati nak update belog tiap2 hari terpaksa dilupakan minggu lepas sebab gedegang seketul batu jatuh atas kepala. Lalu, janji hanya tinggal janji *kecewa*.  Bukan seketul saja sebenarnya, tapi dua tiga ketul. Sekarang dua ketul dah hancur, tinggal lagi seketul batu besar lagi. 

Ok..ok batu berketul-ketul sebenarnya assignment terkejut yang eden dapet minggu lepas. Nasib baek assignment grouping. Lecturer dah ok dah tapi kamiorang yang tak ok sebab buat kerja last minit. Biasa la tu memang macam tu la perangai2 setuden macam kami. Dah la kena buat presentation di tambah lagi la kena buat micro teaching. Dalam masa 2 hari berderet2. 

Khamis=micro teaching (Kaedah Pengajaran Pengajian Malaysia)
Jumaat=presentation (Hubungan Antarabangsa)

Cer citer macam mana haku tak nebes+tensen+bz tapiiii tido still cukup 8 jam*malahan berlebihan lagi*.

Tang micro teaching tu lagi best. Cuba bayangkan satu kelas tu dekat 100 orang. Kelas kecik. Cikgu*aku la tu* duk depan boleh nampak butir jerawat murid-murid. Pastu time aku ngajar murid-murid *classmate* rajin duk menyengih depan aku. Last sekali masa 30minit jadi 15 minit je. Kami dia orang. Bila dah dibahagikan maknanya dalam 7 minit sorang je duk ngajar depan tu. Memang kena kaw-kaw la kat lecturer tu. Nasib baik dia tak suruh buat semula. Kalau dia suruh aku nak cakap boleh nak suruh buat semula tapi selepas semua kumpulan present la. 

Tapi tak per. Lecturer tu daddy aku je sebenarnya. Daddy? Yup...mana tak daddy tiap2 hari tiap2 minggu jumpa dia. Dia sebenarnya penasihat tesis haku so kena la jumpa selalu. Sampaikan kalau jumpa kat kampus, haku tak sempat nak tegur dia, dia 'hai' kat aku dulu. Mana nak sempat, spek tak pakai. Jadi, aku hanya nampak orang je la berjalan, muka orang memang aku tak nampak. 

Ok...sekarang tinggal lagi seketul batu. TESIS. Dua kali weekend lagi aku ada masa nak buat bendalah ni. Sempat jer. Pastu ada la dua tiga batu kecik2 lagi sebelum final exam. Lepas tu exam. Lepas tu praktikum. 

Mood makan aku sudah mari selepas semalam sesudah presentation. Semua macam kebulur pergi kafe cari nasi. Sebelum tu memasing tak der selera arrr kononnya nak mentekedarah. Tapi kan aku tak puas hati lagi ni. 




Kalau dapat kat atas ni aku janji aku akan tutup mulut. Janji. Tak dapat nak dibayangkan ke'sedap'an nya.

Oklah. Nak pergi hasut kawan2 la.
Saper terpedaya nasib la. Tak 'mari' la makan sorang-sorang.
Tak der isu nak ngumpat.

Bai.

March 7, 2011

berasmara lagi

Assalamualaikum...

Post ke-7 untuk bulan ni. Giler kencang. Tak pernah dibuat-buat sebelum ni. Puratanya 1 post 1 hari. Ke memang gitu. Entahlah. Biarlah...

Ni nak citer pada sesiapa yang minat citer Asmara...ada sambungan u. Asmara 2. Selasa ni (8.3) start. Woh! Tak sabar weh. I memang suka citer ni. Abang Asmara. Wahwahwah!!!

Kali ni lagi best kot sebab dah jadi trilogi cinta between Asmara, Zaliya dan Melati. 



Sinopsis citer:

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.



Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?



Info dan picture di kopipes di sini. Terima kasih.

Ok.Bai. See u again.

P/s: Kakakku tak der ole2 ker dari JB.

March 6, 2011

spa

Assalamualaikum...

Hi hi hi


Hari ini nak cerita pasal hari tu. 

Korang pernah buat fish spa tak? Apa rasa? Kalau yang tak pernah meh sini aku cerita. 

Hari sabtu aku ter'stuck' kat Central Market. Tak leh keluar sebab hujan lebat gila. Ronda punya ronda banyak dah berubah CM ni. Dedulu tahun 2003 last aku datang sini. Jalan punya jalan ternampak mat minah salleh ni buat fish spa. 

Aku pun cakap ngan kawan aku nak try buat tak? Daripada duk meround tak tentu pasal baik try ni. Kawan aku kata jom. 

Rm5 untuk 10minit. Tengok RM5 la terus nak buat tu.



Apalagi masuk kaki dalam kolam ikan serbu. Nak tau apa rasa dia? 
Aku rasa time tu nak tunjal-tunjal je ikan tu. Geli gila weh.


Minah Salleh tepi tu ngan bapak dia kot (sebab dah tua) tak renti-renti duk gelak.
 Mak dia tukang ambik gambar.


 Masa ni dah abis dah 'setim' dia. Lepas dua tiga minit tu dah ok. 
Dah tak geli dah. Aunty kedai tu siap tunjuk2 tangan suh sabar. 


Pendapat aku: Kalau korang tengah hot elok ko datang sini.
Automatik akan sejuk. 
Silap2 orang cakap ko gila ke hape kan. 
Memula datang muka cam singa alih2 gelak sensorang.


BENEFITS:
*micro massage
*improves blood circulation
*remove dead skin cells


Fish spa untuk tangan pun. Rega dia sama.


Masa memula ko masukkan kaki dalam tu, ikan akan serbu tau. Macam lapar pulak ikan ni. Kesian. Pastu aku tengok pamplets dia pasal 'removes dead skin cells' baru la aku tau sebab apa ikan tu serbu kaki aku. 


Nak buat mmacam mana, seharian duk berjalan kan, haruslah banyak kuman2. Tapi orang lain pun macam tu jugak la wei. Lepas siap2 tu tokey dia akan bagi tisu la untuk ko lap-lapkan kaki ko yang basah tu.

Lepas aku dah siap tu ada sorang bapak salleh ngan anak dia buat spa ni. Letak je kaki dalam tu dia gelak. Aku dalam hati giler ke hape mamat ni kan duk gelak-gelak. Pastu aku cakap ngan kawan aku 

"Apasal mamat ni duk gelak2?'.
"Ye la,  tak boleh tahan geli la tu", kawan aku cakap.

Boleh plak la aku terlupa. Ke effects buat spa tu ek? Kat pamplets tu cakap benefits je tak cakap pun weakness dia.  

Kahhhkahhh...tak tak...aku memang pelupa. Korang jangan takut nak try. BESTTTTT...nanti korang akan gelak...



See u again.
Bai.

 

March 5, 2011

jarang sekali

Assalamualaikum...

Hai selamat pagi semua...

Sememangnya amat jarang sangat untuk saya bersiaran di pagi hari. Peluang ini jangan dilepaskan lalu laptop dibuka, menaip entry yang tak seberapa.

Untuk keberapa kalinya hari ini saya akan ke UM. Mencari bahan untuk tesis yang tak pernah nak siap-siap ni. 

Peluang yang tinggi juga hari ini untuk saya bergumbira menyesakan kotaraya KL bersama rakan-rakan. Benda pertama dalam fikiran bila tengah mandi tadi, hari ni nak makan apa sesudah buat tesis nanti? Mungkin juga ini sebagai hadiah kepada diri sendiri sebab rajin. Kahkahhhh...

Oklah. Melalut sudah.
Bai.
Ketemu lagi ya.

March 4, 2011

cepatttt!!!!!!!

Assalamualaikum...
Pssst...pssst...psssttt

Korang dah tau tak pasal ni. Aku baru tau tadi. Aku dah ada satu. Cepat la korang register gak eh...Heartbeat pun boleh tebalkan poket korang macam nuffnang. Yeay...lepas ni boleh la belanja i ye...

Cepat cepat.

Step 1



Step 2
klik tempat anak panah tu.




Step 3
Create account korang. Isi lah segala mala maklumat korang. 
And then bawah sekali ada i agree, klik la. Pastu klik continue.




Step 4
Klik join HB Affiliate.




Step 5
Pastu online application.
Sekali lagi isi form korang.
Pastu isi cara payment yang korang nak.
Baawah tu macam tadi ada I agree, klik lagi sekali.
Kata nak kawen kan. Haruslah I agree. 
Eh! tiba-tiba.




Step 6
Pastu klik get a code.
Korang pilih la nak tempek kat blog korang macam mana. 
Semua ada kat ctu.




Step 7
Kalau nak check pendapatan korang. Log in pastu klik la My HB Affiliate.




Ampunkan daku kalau tutorial ni ada yang gelabah sebab first time buat nih. Tepuk! tepuk!...

Aku tau pasal ni pun sebab cik epal gonjeng yang suka menternak lemak ini. Terima kasih cik epal. Pastu Print screen tu aku versi aku sendiri la. Cik epal kata bendalah ni tak menjejaskan nuffnang korang. So, apa lagi...cepat buat sekarang.

Blog  Cik epal pun ada gak tutorial ni.  So, ikut suka korang la nak buka mana satu, ye..


Oklah. Bai.

pantang

Assalamualaikum..

Now kat kolej aku ada pesta buku. Semalam ada kumpulan Rabbani. Malam  sebelum tu ada Ust. Bahiyah Semanis Kurma dengan somi dia. Aku tak memeriahkan majlis pun. Turun beli makanan pastu naik.  Tapi dari bilik aku boleh dengar la ceramahan kalau ko jenis yang tegar mendengar. Tapi, tu bukan point aku nak cerita.

Nama pon pesta buku. Aku imagine kan mesti banyak la gerai buku. BUT....meriah dengan kedai makan. Tudung-tudung, baju-baju duk bergantungan. Kedai buku 2 3 kerat je. Tu pun diaorang open table gitu je. Parking kat bawah2 blok je. Tang kedai makan, kedai baju cantik je parking bawah khemah.

Aku duk aras 2 je. Tung tang tung tang diaorang duk goreng char kueteow. Bau kopok lekor tok sah citer. Tu semua menspoilkan mood diet aku. Hancur! Kejap-kejap kang aku ajak housemate aku turun. Kejap-kejap kang aku turun beli top4. Alasan nak g beli makanan.
 

So, ce korang citer macam mana aku nak selim melim macam ni? 

Rasanya aku boleh diet tapi kena pantang sesetengah makanan la tapi still boleh makan banyakkkk lagi makanan lain kan. Kahhhkahh!!


Panorama di siang hari

Tempat makan and making the lemak. Yang ni side umah aku.
Yang bunjut2 tu la khemah orang jual2.

Side ni lebih meriah...
Kelip-kelip disangka api...
Kopok lekor singgit pun jadi...


Okeh. Lapar ni.
Bai.

March 3, 2011

jim alif kaf wau nun...versi aku

Assalamualaikum,


Jumaat dan Sabtu minggu lepas aku terover rajin la beb. Nama pun student. Letih tak payah citer. Balik jer terus terlepek atas katil. Memang sem last ni bz gile. Mana nak kejar assignment, tesis, pening pk pasal praktikum lagi. Pulak tu ada beberapa subjek kena buat presentation. Dengan micro teaching lagi. Aduihhh...


Setakat ni baru tiga kali aku lepak kat lib UM ni. Old school tapi mantap. Sebab lib uni aku tak macam ni so kami-kami pon menyengih sambil cari buku. Banyak side yang aku nak snap tapi malu la nak jadi model kan. Redha je la dengan 2 keping gambar memori kat lib UM. 




Ada rupa kagum ke? 
Serius aku macam...woooo (sambil nganga mulut)
Tapi lib uni aku ada lampu tido (bak kata lecturer aku la)
 Tak caya?





 Nah!




 Tu hijau hijau tu lampu tido la tu. 
Memang port baik untuk buat taik mata tu pun kalau tak malu la.



Oklah. Sehingga berjumpa lagi di lain 'kemasukan'. 
Have a nice day and a lot of thank you.
Bai.

March 1, 2011

agak-agak korang apa aku nak buat dengan budak macam ni....

Edisi hangin...

Kepada mereka2 yang lemah, sila dapatkan nasihat doktor sekiranya degil nak baca jugak...


Well, aku bukanlah orang cepat panas sebenarnya tapi kalau dah tahap gampang tu memang aku hangin la. Mungkin jugak cabaran aku di semester akhir ni. Sebelum ni ok jer. Bukan kata tak pernah hangin dengan roomate tapi masih boleh dicontroll celciusnyer.


Serius aku tak tau apa masalah budak ni. Memula duk sebilik macam tak der apa2 la kan. Siap boleh share2 citer lagi. Maksud share citer tu aku la yang mintak citer korea ngan dia. Dia bagi. Share la tu namanya kan.


Lepas naik cuti raya Cina hari tu aku perasan pe'el dia kalau dia rasa dia nak bercakap dia tegur la aku. Kalau tak haram. 12 jam tu sebaris ayat 3 perkataan jer la kita orang bercakap. Aku macam..ok..tak der apa yang melepas pun kalau kau tak bercakap ngan aku. Lainlah kalau aku ni junior dia...haruslah aku buat baik2 mana la tau nak tya pasal study ke kan.


Ni aku listkan perangai dia yang macam sial palis tu (sial palis = perkataan green apple, pinjam eh kak di). Lepas tu korang pikir pikirkan memang patut ke aku hangin ke memang aku yang tak boleh hidup dalam masyarakat.

1. Suka makan NASI dalam bilik. Satu hal. Pulak tu dia pergi TUTUP pintu. Apa ke bangangnyer la budak macam ni. Nak jer aku lesing lesing kan muka dia kat pinggan nasi tu. Ko hengat bilik tido kita tu (eee geli rrr.... 'kita') macam dewan yang orang buat reception untuk kawen tu ke.

Bau busuk la toye. Apa lauk ko tu dah sembur perfume rega 2000 ker. Bingai. 

2. Kat umah ni kalau duk dalam bilik wireless memang fail. So, kekdahnya aku akan duk kat hall la kalau nak bertenet. Aku baru jer letak laptop atas meja kat hall luar dia dah..'gang!'. Tutup pintu. 

Ewah2 suka hati ko yer halau aku. Aku pun buat la perangai syaitooon aku gak. Aku buka balik pintu tu buat2@memang aku nak ambik buku ke apa2 ke brg2 aku. Pastu aku kuar aku biarkan je pintu tu terbukak. Lantak ko la. 

3. Satu petang tu. Aku tido. Aku memang bangsa suka tido petang. Well, nak buat macam mana...aku dah cuba buka mata tapi dia degil kan...si budak ni aku tengok jarang tido. Bagus!!!

Masa aku tido dia balik kelas. Aku tersedar la kejap time tu. Pastu bila aku sedar dalam pukul 6 macam tu aku tengok dia tengah pegang nota. Ok. Study la kot. 

Aku pun bangun la sebab dah lapor kan.Aku kuar gi bilik air nak basuh muka kannnnn pastu aku tengok pintu bilik dah tutup. Aikk..seminit tak sampai kot aku keluar.

Aku buka pintu tengok bilik dah gelap...dia dah baring atas katil...WOOOOHHH!!!Senangnya hati ko ye.
Bengong punya budak. Time aku tido sesuka hati kau on lampu pintu ternganga kan. Bila sampai turn ko reti pulak nak tido dengan aman damai. Banyak cantikkkkk!!!

Jangan harap. 

Aku pun reti malah lebih terer lagi. Aku buka pintu bilik aku on lampu. Gahahaha!!!Puas hati aku. Aku kemas2 meja buat2 bising sikit. Padan muka. Cipan la budak ni. Mana datang aku  pun tak tau la.

4. Sebelum kejadian ni aku memang salute gak la kat budak ni. Asal balik kelas je buka nota. Study. Aku kata dalam hati. Gila ah budak ni. Tak rehat tak apa terus buka nota kan. Dannn kejadian ni telah merubah segalanya. 

Aku tengah siap2 nak gi kampus. Dia balik. Macam biasa amalan study dia tu. Aku pun turun la. Pastu aku perasan aku tertinggal thumdrive. Naik la balik. Adala dalam masa 2 minit gitu. 

Pintu bilik dah kunci. 

Masa aku nak ambik kunci dalam beg, dia buka pintu. Sekali...dia dah mengadap laptop tengok citer. OOOOooo..selama ni ko berlakon la depan aku ye. Cissss!!!bedebah...hebat sekali lakonan ko. Sampai aku terpuji ko. depan orang ko buat2 rajin study yer.

Dengan ini aku tarik balik pujian aku tu...aku bagi 'blah la wei budak sindrom'. Opppsss!!! Jap aku bagitau kenapa aku panggil dia sindrom k.

5. Apa perasaan korang bila nampak sepender yang bergulung2 atas lantai? Iye? Memang aku melaluinya untuk pertama kali dalam hidup aku yang dah nak masuk 3 siries ni. Bukan sekali tapi dah dua tiga kali la wei. Kalau sekali tu mungkin aku boleh kata dia tak sempat ke, terlupa ke..ni dah dua tiga kali kejadian sama. Memang ko sengaja kan. 

Bukannya tak der baldi. Ambik je la baldi ko tu letak sepender. Tak boleh ke? Tu pun nak kena ajar ke? Sengalll!!!!

6. Selalunya aku lebih banyak duk kat hall sebab nak keja wireless kan. So, bilik tu dia kongker. Minggu lepas aku nak siapkan assignment. Aku duk dalam bilik jer. Tak kuar2. You know what? Dia rela study kat luar dengan budak2 rumah duk keluar masuk tu. Bunyi bising plak tu. Padahal dia ada test keesokannya. See? Aku ke yang bersalah. Ada aku kesah ko nak test ke haper ke.  

So, sape yang tak boleh bermasyarakat sebenarnya. Kalau ko tak der masalah ngan aku tak der nyer ko nak lepak luar kalau aku duk dalam bilik tu sekali. 

7. Pada suatu malam, aku buka la radio. Slow je. Memang slow bangat. Dia pon cakap 'Kak, boleh slow sikit tak, nak study'. Selamba jer dia sound aku kan. Aku pun tutup terus radio tu tapi dengan gerakkan yang ganas la. Biar dia tau aku hangin kan. 

Gila ke apa radio tu dah memang slow nak slow kan macam mana lagi. Bongok!

Aku malas la nak sound2 sebab memang bukan pesen aku. Aku guna psikologi je.

Ok tang ni aku bukan nak mengkomen kejadian ALLAH swt. Betul, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Tapi, kalau dah perangai tak senonoh tak padan dengan kepelikkan diri sendiri tu, apa komen korang. 

Macam ni. Aku cakap dia sindrom tu sebab aku macam pelik la ngan fizikal dia tapi serius bukan aku sorang je yang rasa macam ni. Kawan2 aku yang lain pun macam ni. Housemate aku pun. Kalau korang pandang dia dari bawah korang akan kata solidnye minah ni. Buttt...if korang  tengok dari atas korang akan imagine berat dia dalam 80kg gitu. 

Faham tak?
Can imagine or not?
Oklah. Aku bagi satu lagi situasi.

Body manusia kan selalunya diibaratkan dengan buah pear bagi yang besar bahagian bawah tu kan. Budak ni pulak korang terbalikkan je buah pear tu kasi yang besar tu kat atas. Tang tangkai tu korang letak bawah. Amacam?  


Memula hari tu aku macam teringin gak nak tanya kenapa dia macam ni. Giler kan aku. Sian dia kalau aku tanya hari tu.

'Eh! Kenapa body ko macam ni ek?'
Ko gila. Kang dia repot kat opis kolej kata tak nak duk sebilik ngan aku macam mana? Tak pasal2 banyak plak keje kerani kat opis tu nak kena cari bilik lain kat dia kan. Dah sah2 dia nak duk sorang2 kan.

Bukanlah, maksud aku kalau aku nak tanya pun aku akan guna ayat2 yang elok2 la. Macam tanya dia sakit ke sampai jadi macam ni. Nak kata dia salah diet aku pasti dia tak diet sebab dia makan nasi on time ok. Tengahari...petang...malam..


Ok. Setakat ni tu jelah yang dapat aku senaraikan. Nanti kalau ada lagi aku update lagi ek. 
Bai.






ugut

Assalamualaikum....hi hi....

Hari sabtu 2 minggu lepas adalah sorang kawan aku ni dia pergi ke cameron highland. Asalnya aku tak tau pun pasal ni. Aku kawan ngan roomate dia. Maknanya dua dua tu kawan aku la kan. Sebab sabtu ahad minggu lepas aku tak der buat apa. Jadi, mesej2 la kawan aku yang sorang lagi ni. Dia pun sama gak tak der buat apa.

Citer2 tu aku pun tanya la mana roomate dia. Dia cakap roomate dia ada tapi boring gak tu. Petangnya kita orang kuar jenjalan. Kat situ la kawan aku citer yang kawan aku tu pergi c.highland. Tadi dia tipu aku sebab dia dah janji dengan roomate dia takkan bagitau orang lain.

Ok lah aku tak kisah pun kan. Kawan aku ni cakap roomate dia tak nak orang lain tau. Pakwe dia ni jenis call kawan2 nak tya pasal makwe dia ni. Tu pasal kawan aku tak nak orang lain tau. Alah, pakwe dia bukan ada nombor tipon aku pun. Pastu aku dapat la idea..


jeng...jeng..jeng..

Aku suruh dia beli strawberi kalau tak aku repot kat boipren dia ada skandal lain. Siap gi c.highland lagi. Kahhhkahhhh....padahal aku kenal pun idok boipren dia tu. Kekdahnya macam tu la kalau rasa bersalah kan. Dia beli youuu..aku sesaja je tapi kalau dah rezeki jangan la di tolak kan...

 Aku memang lurus bendul. Macam mana kawan aku bagi
macam tu la keadaannya. Tak reti nak adjust2 kasi nampak cung skit.



Sonok main sebab cantik kan buah ni. Meyahhhh!!!!Geram!!!!

 Kawan aku lagi sorang tu dapat buah strawberi kembar. 
Aku cakap makanlah nanti mesti boleh anak kembar. Dia makan.
Dia kata kalau tak dapat anak kembar siap...
alamak!!!!



Banyak benda nak citer kat cni tapi tak sempat la. Tugasan memang mengejar haku...
Thanks for reading.
Bai...