January 26, 2011

Histeria...

Assalamualaikum,

Agak seram jugak lah kalau dah berlaku depan mata. Aku tak pernah tengok rupa orang kena histeria tapi pernah dengar orang histeria menjerit. Baru lagi. Kalau tak silap bulan November 2010. Time tu tengah final exam untuk semester 6. Biasala, orang kata histeria ni sebab tension la, badan lemah la pastu macam-macam versi punca histeria aku dengar dan baca. Dannn, ada jugak histeria sebab makhluk halus. Sokkhabar hari ni pun ada pasal histeria. Baca kat sini dan sini pun boleh.




Aku nak citer pasal pengalaman aku dengar orang kena histeria. Seram weh dia punya alunan jeritan tu. Rasanya budak tu duk aras bawah umah aku je. Mestilah jelas dan clear dengarnya. Budak tu duk jerit-jerit. Kejap-kejap nyaring suara dia kejap-kejap kasar macam suara keluar dari perut tu. Kelam kabut gak la aku dengar orang berlari. Member umah dia ke takpun AJK kolej berlari nak bagi bantuan kot. Dah lama tu baru dengar ustaz duk baca ayat Quran and pastu baca Yassin. Yang kena tu budak pompuan. Lelaki aku tak pernah dengar plak. Time tu dekat pukul 12 malam. Lepas ustaz baca Yassin tu dah senyap dah budak tu. So, kitaorang pun buat keje masing2 la sampai la aku nak masuk tido.

Aku jenis suka minum nescafe sebab nak tahan ngantuk. Pagi tu memang aku minum so malamnye jadi kelawar. Buat-buat keje skit pastu rasa macam ngantuk. Aku pun masuk ler tido. Pusing kanan pusing kiri tak tido-tido jugak. Roomate aku syok je tido. Mana tak nye dah dekat pukul 3 pagi. Sunyi  sepi je masa tu. Dah sunyi sepi tu la plak aku macam terdengar-dengar suara budak histeria tu. Suara tu macam suruh kita pun jerit sekali. Aku rasa lain macam. Aku baca mana-mana ayat Quran yang aku tau. Dengan ayat tiga Qul nya ayat Qursi nya. Dah lama lepas tu aku pun tertido la. Tapi dekt pukul 5 pagi jugak lah baru aku tido.




No wonder la kan orang kata histeria ni berjangkit. Memula aku macam...ak alah....bila orang cite pasal histeria ni. Berlagak la konon. Lepas dah hampir-hampir nak kena sendiri baru tau. Serius weh kalau ada budak kena histeria lagi aku tak nak dengar. Takut berjangkit. Macam kurap lak  ;)

Korang pernah tengok tak? Mesti lagi seram kan kalau tengok macam mana rupa orang kena histeria ni. Ceciter skit..

Oklah. Have a nice day. Thanks for reading this 'seram'(agak seram la jugak) entry.
Bai.




January 24, 2011

Contest pic hitam putih paling cool. Pestime ni...meh join sekali!

Samat pagi en.Samad...muahahaa...selamat pagi korang walaupun dah dekat kul 12...








Belog gadis mata cokelat ada wat contest yang senang bangat. CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL. Pergi terjah sekarang. Kalau dah rezeki boleh dapat hadiah rega seratus. Pulak tu boleh 'demand' korang nak hadiah ape. Kan best gitu. Ni ha syarat contest ni...aku kopipes je ye:

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011


Kalau aku menang aku nak seratus tu hang beli kan aku handbag yang serbaguna...brand apa pun tak kisah asal cukup le nilainya...
Beg p kelas boleh, nak p jejalan boleh, nak p utara, timur, selatan pun boleh...boleh..? 

Sekarang meh buat kerja menge'tag' plak...nah silakan...farahwaniieekoel dan alfalora.

Done!

p/s:pestime ni masuk contest, rasa2nya aku menang kot(malu la)...puuiiihhh...muahahaha
Ok.
Bai. 

January 22, 2011

gelak besar besar

Tak tak jangan buat. Tak baik untuk anak2 gadis sebab nanti tak der orang nak.

Assalamualaikum,

HAH HAH HAH...kelas hari ni aku puas hati giler babeng sebab budak2 BANGANGEs itew sudah kena marah. Meh gelak sekali lagi...HAH HAH HAH...Hari ni diorang duk belakang aku. Dah minggu ketiga kelas start tapi macam tu jugak. Lecturer duk pot pet kat depan diaorang buka warung kat belakang. Sekali lecturer tu sound...

'Saya dengar kat belakang tu bercakap..siapa bercakap..saya dengar suara orang lelaki..come on man..be gentle..bangun kalau nak bercakap..time saya lecture kalau awak nak bercakap sila keluar..bla..bla..bla...'.

Terus diam budak 2 ekor tu. Yang sorang tu lepas kena sound terus tido...lantak ko la. Orang lain datang kelas bukan nak dengar ko punya cerita.

HAH HAH HAH HAH!!!! Padan muka !!!! Dah berapa lama aku sakit hati ngan korang akhirnya...aku berjaya gelak...

 

Bai.

January 21, 2011

yaw! yaw! yaw!

Hello dear,
Morning,

Intro.
Bila buat yaw yaw  gitu teringat time2 KRU, NICO dan lain2 group yang gelemer suatu ketika dahulu.  HAH HAH HAH. Tiap2 minggu mesti beli Media Hiburan. Maklumlah tengah muda belia. Cita2 time tu pun nak jadi artis la kan(layak ke). Bila dah cerdikpandai skit majalah2 tu semua tak tau ke mana dah. 

Sekarang ni plak duk kalut nak beli buku ilmiah(konon kononla). Tapi, semester dah dua minggu start, buku sebijik pun tak beli lagi. Lecturer pun tak der yang promote buku2 ni(syok.duit utk buku blh beli kasut).

Sebenarnya aku tak tau nak update apa. Update ni pun sebab tak boleh tido. Jam kat laptop aku ni dah pukul 3.09 AM. Esok kelas kul 8pg (kalau tak pergi takper kot). Alamak!!! Jom ah tido. Ni yang aku malas nak minum nescafe ni. Malam2 jadi kelawar la. Kalau tak minum tengahari jadi ular sawa plak. Camne tu? Pening pening. Korang tolong pikirkan boleh? Aku dah rasa ngantuk dah sikit2 ni.

p/s:Kat luar hujan. Best ni kalau tido pastu tak yah bangun pagi2.
Bai.



January 19, 2011

kalaulah kau di depan mataku...memang aku tak kan bersabar...

amaran: entry ini adalah entry kasihsayang...ibuibu bapakbapak digalakan untuk terus membaca.




Sekian, terima kasih.








Okeh. 
Bai. 
Thanks yaw..

January 16, 2011

iklan turun temurun antara kami...

Hai u olls,

Sesungguhnya weekend yang bosan ini menuntut kesabaran yang maksimum walaupun kerja menimbun memanggil manggil tetapi masih sempat ada perkataan bosan itu.  Dasar tak sedar diri betol!!!.  Angan2 semalam bangun pagi sabtu terus mahu menuju ke library tidak menjadi kenyataan bila banyak benar tanduktanduk syaiton yang tumbuh di kepala. 


Teringat kisah ketika masih berhingus. Baju raya mesti sama. Warna. Corak. Jenis baju. Memang akan semua sama. Bila dah besar sikit, maksudnya besar tapi masih belum reti nak bergaya ataupun belum masih boleh membuat keputusan untuk diri sendiri, kitaorang di 'kapelkan' tang bajubaju raya.  I dengan kakak I dan adik I dengan adik yang bongsu.


Sekarang bila dah besartuabangka dah beranakpinak, situasi itu sudah tak wujud. Cuma yang akan wujud katakata yang macam ni...

Aku     : "Eh! mu pernah pakai BB cream dok?"
Kakak  : "Pakai. Hok Maybelline. Try la. Ok tu. Kulit jadi...mmm macam ..."
Aku     : "Macam flawless la.."
Kakak  : "Ha...gitu la. Mu pakai sikit jah".


I tak terus beli sebab tak confident la sebab kulit I sangat sangat sangat sensitip. Kang tak pasal2 jadi penternak jerawat yang berjaya. Esoknya I pon balik kg sebab cuti semester. Jadiklah bibik yang berjaya kat kampung tu.

Aku   : "Mu pakai apa kat muka?"
Adik  : "Tak pakai apa pun. Aku pakai krim _____ jah".
Aku   : "Try mu pakai BB cream maybelline, ok tu. K.dah pun pakai. Molek dia kata".
Adik  : "Mana ada jual. Mari nak g beli"
Aku   : "Cari kedai hok ada jual barang2 Maybelline la".


Cari satu TM tak der la yang jual BB cream Maybelline. Habis stok ke atau memang tak jual tak tau la. I pon cakap ngan adik I, Silkygirl pun ada gak BB cream. Tapi mahal skit ler dari Maybelline. Yang I tengok tu RM 29.90. Berapa ml tak tau la. Maybelline nyer RM 22.90 jer.



Tret tret *bunyi sms* ( bunyi sms tepon I lain sebnarnya..kui..kui..kui)
Smsnya berbunyi begini.
Adik : Muka aku selepas pakai BB cream Silkygirl'
Aku  : Hehehe...ok tu. Tak der orang tanya ke apa rahsianya.
Adik : Ada, diaorang kata cerah muka aku, aku pakai apa. 
Aku kata aku pakai air nila.
Aku : Hahaha!!! Bagitau la diaorang nanti semua g beli BB cream tu.
Lebih kurang gitula ayatayatcinta kitaorang. I pun dah delete dah sms tu.






BB Cream Silkygirl
pic:google ler



I dah belipakai yang ni. Elok je setakat ni.
Maybelline nyer
pic:google jugak ler



Begitu lah bila masingmasing dah reti nak voguevogue. Kongsikongsi ler rahsia ke'gorjes'san.
Gojes ker? Harusssslaaa.

Oklah. Nak sambung buat keje yang tak tersambungsambung sejak 2 3 hari lepas.
Bai. Thanks yaw.

January 15, 2011

jumaat aku hangin...

Hai girls, mans, moms, daddys and so on...

Selamat hari jumaat ye ...


Yang keje memang sukaaa time jumaat ni...lunch break lamaaa so boleh la kaum2 wanita yang 'sesak' beg duitnya ni merayau rayap ke tempat2 yang indah di mata damai dihati. Bapak-bapak pula silalah ke tempat yang satu itu yew...


Hari ni i ada kelas 8-10 pagi subjek Malaysia International Relation *gempak...nak jugak bahasa omputih* atau dalam Bahasa Melayunya Hubungan Antarabangsa.  Notes memang BI ler tapi lecture dalam BM. Bukan I nak citer pasal kelas ari ni tapi nak bagitau yang I memang BENGANG dengan si BANGANGES...


Sama naik si BANGANGES duk pot pet pot pet belakang I dengan lecture kat depan. Selang sebaris diaorang duduk belakang I tapi masih lagi boleh dengar. Macam LANGAU....yang ni LANGAU jantan ye...diaorang 2 orang je tapi ngalahkan orang pompuan...last week pon macam tu jugak...diaorang duk depan I. Pon duk pot pet pot pet. I yang tak pot pet pon tak paham sangat apa lecturer tu cakap diaorang yang 2 jam non stop bercakap lagiiii laaa ha..m.


aku bengang sensorang mcm ni je la...tak der der aku nak sound2 orang. 
 aku kan very the pemalu....auwww!!!
pic:google



Tak tau la pulak kot diaorang memang superb power pandailicious bab-bab Malaysia-luar negara-international ni. Tak jugak rasanya sebab time lecturer tanya tak pulak boleh menjawab dengan ketepatan yang maksimum...

*Jadi, hari ini adalah hari aku bengang tapi tak la sampai tak makan...makan itu wajib
*Bai...see u yaw...thanks 4 reading this sweet entry

January 9, 2011

rezeki...Tuhan memang nak bagi dia merasainya...

Salam,

Hai u olls,

Buat apa tu? tengok AJL eh...best keeeerrr? nada jeles sbb tak dapat tengok

Alah...u olls dengar je lah AJL tu.

Mata sila pandang laptop baca blog i okeh...paksa

Baca paper ari ni tak u olls.

Ada cerita scary kan ari ni. bagi i la


 Kalau lu lalu depan wa, wa rilek je....dulu, pastu baru wa blah.
Kejadian di Mersing. Tetengah maghrib ber'posing'...kan dah kena.
 kan baru je i buat n3 seram kan...
pic: pakkosmo


Ok.
Stop pasal seram meram ni.

I ada citer mega nak share dengan u olls.

I pasti u olls takkan berani nak tiru gaya2 ni.




 
 Pelakon A
Gaya 1 : Tertido akibat kekenyangan mentekedarah 
2 bijik (ye ke bijik, konfem salah) jagung.



Gaya 2 : Gaya keletihan sebab seharian duk kayuh beskal.
Maklumlah baru pandai nak basikal. 
Basikal sudah tidak dikayuh dengan kaki.
Untuk kesekian kalinya, tertido lagik sambil pegang makanan.
Tu maknanya, makan sampai tertido.




 Pelakon B
Kekeliruan identiti.
Pic masa raya haji 2010.




*Oklah u olls. 
*Sehingga berjumpa lagik ye u olls.
*Bai u olls.




January 4, 2011

Hari pertama ke sekolah

Assalamualaikum...

Sekolah aku sepatutnya dah buka semalam tapi sekolah yang bukaknya...aku tak la terbuka sangat nak g sekolah hari pertama. Hari ni aku dah start g sekolah ye. Sama la ngan anak gadisku Alea yang baru nak g sekolah tahun ni. Masa umur 4 tahun aku dah daftar sekolah tapi dia tak mau pergi. Bayar yuran sesajo jer. Sempatlah sebulan bayar yuran, g sekolah sekerat hari. Pastu ngan aku sekali duk dgr cikgu dia mengajar kat depan. Pastu aku dah malas dah nak hantar sebab dia tak nak aku tak paksa. Lagipun baru 4 tahun kan. So, tahun ni dia dah 6 tahun jadikkkk kena la paksa gak. Tapi, ma aku kata ok jer bangun pagi tadi tak meragam pun. Adik aku antar sekolah pon ok jer masuk sekolah ngan sepupu dia. Bagusss anak mama kannnn...Kalau sape2 yang bercadang nak antar anak2 g sekolah sebelum sampai umurnya janganlah paksa-paksa ye tuantuan puanpuan. Bila sampai masanya anakanak akan dengan sendirinya nak g sekolah. Tak caya? Try la buat.



Gambar paksarela adik aku aka drebar budak2 sekolah. Almaklumlah, omaknya duk jauh pulak tu sekolah lagi jugak so adik aku la ambik tempat aku. Tadi cakap ngan Alea, aku tanya cikgu ajar apa kat sekolah hari ni, dia kata cikgu ajar mata, tangan, lutut, siku pastu cikgu bagi makan nasi goreng ngan koko krunch. Hebat budak2 sekarang ni. Yang aku ingat dulu cikgu aku bagi aku makan kuih lapis ngan kuih 'bekeng' je. Tu pasal aku jadi macam ni. Dari kecik duk makan kuih2 manis. Oooo kiranya lemak aku ni dari tadika lagi la yerrr..patutlah susah nak remove...huahuahua


Oklah. Tadi termakan nasi jadi nak tido la kejap. Baiiiikkk punyaaa
Bai.


January 3, 2011

azam tahun baru i

Tahun baru dah 3 hari tapi masih lagi fresh dipanggil tahun baru. Alah, korang pun sama gak kan kan kan (cepat mengaku sebelum kena cantas) bukan aku sorang je. Mesti korang dah 'list' kan azam tahun baru korang kan. Rasanya dah jadi satu kewajipan semua orang akan ada beberapa azam untuk kebaikan diri sendiri atau keluarga (skema plak ayat ni). Tercapai tak tercapai tu lain citer yang penting berazam dulu. Sejak beranak pinak ni tiap-tiap hari aku berazam nak kuruskan badan tapi still gebu gak(matikla aku kena kutuk). Tak payah nak tunggu tahun baru, tiap2 hari aku berazam tapi niat itew akan ada selepas aku dah kenyang makan la. HAHAHAHA!!!! Ngeri tak ngeri tak? Sebab tu aku tak der azam tahun baru sebab aku dah penat dah berazam tiap2 hari.


Eh! dengar citer filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu best. Ye ke? Aku tak tengok lagi tapi nak tengok tapi kena tunggu cd 5 hengget kuar la dulu (ada saper nak belanja i tgk movie tak, jom). Bukan aku penakut nak tengok citer tu kat panggung tapi nanti kalau aku tengok sorang2 aku nak jerit jerit ngan saper. Kang kalau Kak Limah masuk panggung duk tepi aku, kesian pulak kat Kak Limah kena jerit jerit tengok muka sendiri..errrkkkk.


Korang pernah tengok hantu tak? Aku pernah la dulu2 tapi bukan face 2 face (nak mamfus). Tengok bayang2 je la (hantu ada bayang2 ke). Betullllllllll!!!! Masa tu aku baru balik mengaji okeh. Mengaji malam plak tu. Aku ngan kakak aku dan member kakak aku. 2 orang ni tak nampak kot sebab mereka2 ni bukan insan terpilih (matikkkkk la). Masa tu 'dia' tengah terbang wei. Dari satu pokok rambutan ke pokok rambutan (kot). Lepas tu lajulaju aku baca al-Fatihah. Toleh lagi sekali dah tak ada. Kalau betul la masa tu aku darjah 2 kot. Setakat ni tu je la kisah hantu yang aku ada...oppssss satu lagi kisahnya aku terlupa plak...kisah yang ni aku tak tengok tapi aku dengar bunyi. Seram gilerrr. Baru lagi citer ni tapi lupe la tahun bila. 3 4 tahun lepas kot. Masa tu aku ngan Alea je ada kat umah. Bety tak tercipta lagi. Somi aku kerja. Apalagi...call somi cakap dgr sumthing. Masa tu mcm tak kuar suara, kalau ada suara pun terketar-ketar. Takut giler...



Komen aku walaupun belum tengok: 
Rasanya Hantu Kak Limah Balik Rumah tak lah ngeri sangat kot.



kan kan kan!!!!
nak lagi ngeri?















 Nama baru hantu ni Kakak Bety




Kan aku dah kata. Hantu Kak Limah pon carik tiang weh nak nyorok.
Hahahaha!!!
Oklah. 
Bai



matching ke tajuk n3 ngan cerita..adakukesah

entry paling pendek pembuka tahun baru



tamat