November 30, 2010

keterlupaan adalah faktor usia *sekali lagi aku lupa letak tajuk (edit balik)*

























cak!

rindu i ker.

esok dah tentulah disember. pastu ramai2 gi dataran sambut tahun baharu yek. aku pernah la sekali sambut new year kat kolumpo masa muda remaja dulu. tu cerita dulu masa tengah bergetah pantang orang ajak semua on. merdeka pong adalah sekali rasa celebrate kat dataran tu. peliknya, si mamat dan minah indon yang lelebih duk merdeka! merdeka! merdeka! maklumlah nak sambut kat negara sendiri tak dapetlaj secara aman gitu ye dek non. stail tak payah cerita la. nak sakit jantung aku nengoknya.


apa motif entry ni. aku png tak tau. tapi, sebenarnya aku rasa macam nak makan ciken cop ni. tapi, budak2 ni dah beli lauk siap2 dah tengahari tadi. takkan la aku nak makan sorang2 kat kedai tu kan. macam tak der sedara mara la plak kan kan. kesian. tak per aku nak menggoda lagi sesapa yang nak makan macam aku.







kekdahnya tempek gambar tak der kena mengena
*horror kan pic kuda tu*




laju la plak internet..
owh! sis..broadband mu okeh doh ni..marin jah beronar
Thanks for reading ya!
Bai.


November 28, 2010

counting d day

hai,
salam bahagia

tapi saya tak bahagia sebab kepala sekarang tengah kurang oksigen. pening weh. banyak nak cover nih. nak baca mana satu pong tak tau. adehhh..pastu kepala rasa macam kena dush!! dush!! dush!!

kalaulah 100% kena cover ngan tugasan memang aku sanggup arrr weh...tak mau pening2 time final ni. Tengah pening pon masih sempat boleh craving triffle buatan sendiri...erkkk?












okeh dah siap dah
selamat menjamu mata




sejujur mungkin

hai selamat pagi ala ala nak tengahari gitu... =_=
semalam bangun dah tengahari sebab kepala ada pening so 
malam tu telan panadol terus weng sampai tengahari.
hari ni awal skit so terus siap siap g beli nasi kat kafe..lapar dowhhh.
semalam punya cerita makan 3 in 1
sarapan+lunch+dinner=kuetiyau tom yam pada petang hari...
*konon...tapi malam makan burger*
besenye i minum nesvita kalau lapar tapi sejak balik dari cuti 3 minggu
lepas perut tak boleh layan la nesvita..mesti nak nasi jugak...
3 minggu dok mentekedarah nasi pagi petang malam
dah jadi gian nasi plak...
ohhh..nasi bagitau ni..
ari tu beli nesvita 
dia cakap percuma mug


see PERCUMA kan..
tapi rega RM12.90
kalau tak PERCUMA mug rega dia RM8.90
so, apa makna PERCUMA tu
beza RM4 tu



 

November 26, 2010

jumaat day

Tengah bohsan di siang hari jumaat ni kalau yang boleh dah siap dah ni 10 bijik kek..bangun 8.30pg tadi terus on laptop buka blog, fb pastu blog walking sampai la sekarang ni ha. Pastu belek tepon jumpa la aksi2 ganas ni.







malu malu la dulu



budak ni tak pernah cakap pun dia nak jadi model dah besar nanti



oppsss!! aksi 18sx



model ubat gigi pon tak layak



aku tak tau nak kata la budak ni..memang fening la
















kes kena dera ngan ibu tiri ni
:)


Harus kena tutup vontot anak dara i nanti dah besar tak pasal2 dia saman aku sebab menelanjangkan di khalayak ramai...muahahaha..



Ok dah. Macam nak tido la.
Bai



*Baru perasan tak der tajuk pastu edit balik..

November 24, 2010

sakit hati kan

pelik la pulok cerita Asmara malam tadi. Apasal si Tria tu beria-ria nak bela si Asmara tu. Kalau tak duk pot-pet nak blame Asmara. Dia yang tak tahu kisah sebenar nak sibuk2 plak. Iskh iskh menyampah. Dah la dengan kes curang dia ngan laki dia tu...lagila aku menyampah tengok Fiza...

cerita malam raya haji kitaorang lagi best. Ma saya ni peminat nombor satu cerita Si Capik TV2 tu. Malam yang sama ngan cerita Asmara. Malam raya kitaorang berebut tv kat dapur padahal tengok tak pun. Bila masa nak nengoknya kalau dah tangan kat periuk rendang. Pastu bising pulak ngan mixer buat kek. Memang tak dengar le tv. Di tambah pulak ngan suara2 bebudak yang 3 emak lagiii la tak dengar hape pon. Tapi, remote stilll nak berebut gak. Saya cakap..ok sape nak tengok Asmara jom kita g tengok tv kat luar, sape nak tengok Si Capik duk kat dapur buatla semua keje...hahahaha..dah tentula Ma aku sorang je yang kat dapur...last sekali remote dapat kat Alea dia tukar channel Astro Ria cerita hape ntah...cerita yang lomba kereta tu yang anak Yusof Haslam buat tu
(motif malam raya ko siar cerita race macam tu)
semua terlopng ler tak boleh tengok cerita feveret memasing..
kalau nak berebut remote ngan Alea silakan lah cuba tengok satu
kawasan tu kena petir suara dia. 


Alea. 
Budak ni memang suka bergambar dan ambik gambar
orang tapi memang takkan jadi macam rupa orang le.
Berape kali dah mak dia ajar tak jadi jugak.


jap nak cari lagi gambar syok sendiri dia...







ha..kan dah kata memang pandai syok sendiri




Bety. 
Budak ni asal nak bergambar je memang akan buat muka.
Time ni angin ok ni. Tu pasal boleh menyengih.


Lakonan semata mata. Memula dia ambik gambar aku baca buku pastu dia cakap
'Mama, ambik gambar adik baca buku pulok'
Muka macam real je baca buku.





teka dia buat apa? 
ni memang keje orang pompuan la
praktis make perfect
ni tengah sapu losen oppss tappi Bety panggil syampu
hahahaha



ok lah...out dulu ler tapi tak tau ler nak buat apa jap lagi..nak baca buku macam memang malas. Gap seminggu tu. Tak per banyak masa lagi. Tapi yang aku perahsan la cita2 memang nak DL tapi memang malas tahap gaban la nak study. Macam mana tu. Nak g KL pon macam tak der nak beli pape pon tapi sebenarnya banyak dah list dalam otak ni sem depan nak soping ape. Agaknya memang macam ni ek kalau dah nak ditendang dari uni. Memang malas gegila la.




Thanks for reading ya!
Bai.

November 21, 2010

sudah kembali

selamat pagi dan morning semua
yeah...saya dah kembali ke tempat ini untuk bergelumang dengan buku2 dan membuat toyol bukan untuk dibawa masuk ke dewan exam...nak mampus ke bawa toyol...tak pasal2 aku kena stay sampai 14 sem


mood:
tengah rajin nak study tapi masih boleh update belog
apakes...

November 20, 2010

kasih abang

Sebelum tu bagi can aku nak gelak dulu....hahahahahahaha
abangnya rajin sangattt la nak jaga adik sampai pakai baju melayu terbalik pun tak perasan...



Super duper rajin ni boleh buat dua entry.
Ok dah.
Bai

raya haji 2010

Hari keempat raya haji baru nak buat entry. Sebelum tu nak ucapkan selamat hari raya korban la. Cerita raya kami kat kampung ni bermula 3 hari sebelum raya lagi. Ma saya biasala mesti semua kena umphh. Tahun ni dia balut sendiri ketupat tiga segi dia. Dia kata biar puas hati sikit makan ketupat. Cukup segala rasa kalau buat sendiri. Tak pe. Bagi can dia buat tapiiii saya jugakkk yang jadi assistantnya...

malam 1st tu molek lagi berkumpul ramai2 buat ketupat ngan tapai. Raya tahun ni lebih tradisional skit sebab semua pakai daun pisang.







hasil ketupat kerjatangan Ma saya lepas sejam...ada bakat sangattttt



Bila tiba malam kedua tinggal saya dan Ma saya saje...elok sangat lerrr...gambar pon tak sempat nak snap. Tak cukup kakitangan la katakan. Yang kat bawah ni pun rasanya Bety yang snap kot sebab Alea tak ada malam tu.



cupcakes main2 adik saya

Pagi raya tu macam2 ada tapi tak ingat nak snap sebab dah tak sabar nak ngap...hehehe...nasi kerabu ada, soto ada, nasi impit kuah kacang ada, rendang ayam ada...bestttt... patutlah seluar jeans dah ketat....tak boleh jadi ni...kena jalankan misi negara ni...


kek ni biasala saya la yang buat


soto masa try ni sebab dah tak muat perut lepas belasah rendang


pulut bakar tapi saya rasa macam pelik je bekas kaler biru kuning tu
tak macam sarang hamster ke...hahaha
bekas baru beli tu tau..
adik saya jadi mangsa kena hambat g beli bekas ni petang tu
ma saya biasala mesti nak kena perghhh


ketupat tiga segi dan 'tupat dakap'(bahasa orang kelate)

kek tradisi...



okeh cukuplah tu...letih dah tunggu loading....
thank you for reading this entry ye...
Hujan tengah lebat ni. Tido best ni...
Bai.





November 10, 2010

cerita semalam hari

Baru nak start taip si Bety ni duk mintak nasi..tengok jam dah tengahari rupanya..
anak dara sorang ni memang alergik ngan nasi...pantang tak jumpa nasi satu hari...kejap ye nanti saya sambung balik lepas ni...bagi kenyang perut anak2 belaan dulu...:)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

best pulak main tekan2 macam ni
sikit lagi boleh!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ok dah...sian kena scroll panjang2...kihkihkih



Entry ni sebenarnya nak wat malam tadi tapi broadband pinjaman ni slow melow la plak..terus shut down masuk tido. Pagi semalam dimulakan dengan bersarapan dengan lempeng cicah susu + teh tarik. Heaven. Anak2 pun suka. Tau annak2 ai panggil apa lempeng tu...... roti canai ok...






Anak saya memang suka makan nasi air aka bubur nasi.  Diaorang akan cakap 'nak nasi macam Mirah'...Mirah tu sepupu diaorang la umur setahun so makan nasi yang lembik2 lagi. Jadi, sementara ada kat umah ni saya buatla. 2hari deret tu buat nasi air ni. Ada ikan bilis goreng, bawang goreng & daun sup n bawang. 1st day buat nak snap gambar. Dah siap hias cantik2 dah pastu baru ingat tepon x do bateri. Charger plak tuan dia bawa. So, makan je lah...Habisssss ok... 


Tengahari adik saya yang baru bersalin 33 hari lepas datang umah. Ajar dia buat akaun fb. Sian kan. Orang lain dah ke bulan dia baru nak beli tayar roket...wakakakaka...sambil2 tu dia buat kek gula hangus..maklumlah orang dalam pantang bukan semua benda boleh makan...tau tak my girl 2 cakap tak sedap...hahahaha..kurang ajar nasib baik bukan cakap depan tukang yang membikin kek ni...mygirls memang kureng skit kek lain kecuali kek coklat memang berkali2 la diorang mintak tambah.





Pagi tadi bangun tido tengok ada makaroni goreng atas meja. Jiran belakang la tu yang bagi. Ma saya mana la reti. Oklah malas dah nak cerita panjang2...

Ok. Bai.

November 6, 2010

akhirnya...

yessss...1st time ditag. Rasa macam oh! blog aku dah ada readers lain la ek selain kakakku itu..wakakaka...oklah...malam ni rasanya dah boleh settle mana yang tertangguh.  Dah lepas jenuh berperang ngan anak2 suruh tido.  Kalau memasing tak melalak tadi memang tak akan tido tu. Yang adik dah selamat dah. Tinggal kakak je ni ha duk bangun tido bangun tido menyemak nak tengok jugak...*tu tengah lipat selimut, boring la tu, geng dah tido*

ok...kita ke agenda seterusnya...25 perkara pasal saya...apa mau tulis ni...try eh...

ni peraturan dia *copy dari una*

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.

At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you


1.Sangat menyedari yang diri adalah bambam tapi tak reti2 nak kontrol makan. Lagi2 kalau jumpa ulam+budu, memang akan jadi 2 3 pinggan le.

2.Suka membikin dan makan kek especially kek coklat moist moist gitu...perghhh

ni ha...minggu lepas baru buat

3.Buat masa sekarang ni, tak sabar2 nak cepatkan waktu untuk sampai ke hujung tahun depan sebabbb dah malas nak baca buku and then jawab exam...*kalaulah Doraemon tu betul2 wujud* ngahahaha

4.Sekarang ni tengah bercuti untuk final exam tapi habuk dah penuh kat buku...apa tandanya tu.. :)

5.Baru lima, lepas lima sepuloh terus bolehhh...
Cita2 memang setinggi everest dan aku yakin lambat atau cepat pasti akan tertunai gak impian masa depan tu.

6.Sekarang ni tengah menggilai Asmara yang kat TV3 tuuu, ari selasa kul 9 tu...Oh Asmara, kenapalah kau tak muncul dalam hidup aku dulu.

7.Suka makan buah *makan lagiiii*. Apa saja jenis buah kena ada dalam stok aku tak kira la di mana jua ku berada tapiiii sistem penghadaman stillll ada masalah gak tapiii nasib baiiikkk sekarang dah ada pati halia (pil). Aku telan 6 biji terus. Tak de maknanya nak try2 4 biji dulu, pastu malam esok 5 biji pulak. Aku paham dah peel perut aku nih...

8.Suka dan jeles kepada gadis2 dan wanita2 yang sangat gojes diluar sana. Memang mereka2 bertuah. 

9.Yang ni malu la nak cakap...*ha kan dah merah dah pipi aku ni*. Dulu masa sekolah menengah kawan2 aku cakap muka aku macam Krisya tapi sekarang aku dah jadi kembar Erma Fatima...wakakaka.. yelah korang ni, ada2 aje la...malu malu...dush!!! perasan

10.Sejak belajar berpolitik ni, aku rasa macam dah ada kemahuan la skit2 nak tau pasal benda ni. Kalau tak, kalau kau tanya aku pasal negeri aku sendiri pon belom tentu aku boleh jawab, usahkan nak ambik tau pasal negeri orang lain, Malaysia lagiiiiiiiii la.

11.Prefer MPV berbanding kereta biasa tapi belum ada rezeki untuk memiliki lagi...

12.Suka la berangan-angan nak g holiday obersea. Singapura pun best jugakkkk

13.Setakat ni semua negeri di Malaysia dah pernah jejak dah kecuali Johor dan Sarawak. Walaupun setiap negeri tu belum habis aku pusing2. Dah aku kata 'jejak' kan. Kelantan pun aku sesat sahkan tempat orang...

14.Tak ada apa2 perasaan pun Kelantan menang Piala Malaysia hari tu. Dah lama gila tak tengok bola sampai habis. Biasa pun 5 minit tu dah kira ok dah tu. Kalau dulu, time Azman Adnan main untuk Selangor kau cakap je Selangor main malam ni memang aku tunggu...Dulu, masa dip. fakulti aku kat Stadium Shah Alam Seksyen 13, pernah sekali aku menyelinap masuk ikut pintu pecah tingkat atas sebab nak tengok Azman Adnan main tapi masa tu dia bukan ngan team Selangor dah..nasib baik zaman kegilaan dah tawar...ok la tu kiranya dapat jugaklah tengok Azman Adnan berlari2 kannn..

15.Kekadang tension gila ngan pensarah2 aku sebab semua benda mereka2 ni nak kitaorang ambik tau...ayat klise pensarah2 aku nak tau macam mana 'Macam mana ni student p.malaysia tak tau'...aduissss...ingat kepala hotak manusia ni ada yang boleh tambah ram ke. Takpun boleh tukar dari 1Gb ke 8Gb ehhhh

16.Amat tidak reti untuk membuat talam dua muka...kalau aku tak suka memang akan jelas nampak le kehijauan muka aku...tak reti nak cover2 dah.

17.Kalau baru kenal memang akan kata aku ni pendiam..cuba kalau ko duduk ngan aku 1hari dan jangan buat benda aku tak suka memang korang tak akan kering gusi le...*ni member2 aku yg cakap, aku pun tak perasan aku macam tu*

18.Raya Haji dah dekat, tengah pikir nak buat kuih apa ekkk...ngahahaha

19.Berangan syoknya kalau jadi anak arwah Sosilawati kan...sekelip mata semua dalam tangan

20.Risau risau risau nak exam tapi buku tak baca lagi

21.Susah gila nak tido. Kekadang lepas Subuh baru tertido dannn kelas kul 8 pagi jangan haraplah muka aku ada.

22.Pernah dengar tak lagu 'Tiada Kata Secantik Bahasa' nyanyian Jamal Abdillah...try le carik youtube...best wooo...dulu tak minat pun Jamal ni tapi sejak dapat laki golongan veteran ni aku terpaksa gak la dengar lagu2 Jamal dannn ok what Jamal ni..

23.Buat masa ni ada dua orang anak gadis. Peel pelik2. Tadi duk main2 pastu terhantuk kepala. Sorang kena kat dahi sorang kena belakang kepala. Mula2 adik nangis pastu bila kakak tengok adik nangis dia pun ikut melalak jugak. Aku rasa si kakak melalak sebab takut aku marah kat dia. Jadi, dia nangis so that aku tak salahkan dia buat adik dia nangis.

24.Dalam fikiran sekarang ni, pagi esok nak breakfast apa ye. Ma aku cakap dia nak buat nasi lemak tapi santan tak der...kalau tak der nasi lemak esok aku buat lempeng je lah pastu cicah ngan susu pekat manis...slurpppp

25.ok last, letih otak aku nak memikir nak ngabihkan ni, eemmm...seronok berbloging ni ye...masa ni la baru boleh pakai pepatah tak kenal maka tak cinta ye...memang aku dah jatuh cinta punnn ooo Asmara...

sekarang tugas aku kena tag orang lain plak ye...kalau tak cukup 25 pun tak per lah kan.
  • http://tikalehpunya.blogspot.com
  • http://qamarguyz.blogspot.com 
  • http://alvas-87.blogspot.com/
  • http://www.amalini.blogspot.com/
  • http://norziehandcraft.blogspot.com/
  • http://arwendanish.blogspot.com/ 
  • http://www.surayasulatin.blogspot.com/ 
Tu jelah yang dapat aku senaraikan untuk ditag. Nanti kalau aku ingat lagi aku senaraikan lagi. Misi dah selesai untuk malam ni. Jadi, aku boleh tido dalam iman tanpa ada hutang.
Esok kita cerita lain plak k.


Ok. Bai.

bila nak bayar hutang ni

 
dear diary,
morning dan selamat pagi
selamat sejahtera
 
aishhh tak tau bila lagi nak bayar hutang tag 
dari unachenta ni. 
Hajat dihatai nak buat malam tadi tapi mengantuk la plak
Sabar ye...saya akan buat tapi sekarang ni boleh 
buat entry pendek2 sahaja.


oklah...bai...

November 4, 2010

marilah mari

morning morning
nasi lemak + milo panas 
kelate cuti peristiwa
saper yang layak mengundi sila sekarang
DUN GALAS dan BATU SAPI
 jangan lupa bawak ic ye


ok bai




November 2, 2010

dah pernah pergi dah..

Sebelum cuti hari tu saya sempat ke satu tempat ni untuk tengok2 
kot la ada yang berkenan dan bercita-cita nak gaji 13K sebulan. 
Lagi umphh dapat la AP untuk kete besar 3 tahun sekali kot.  
Tapi, tawaran ni untuk yang sanggup berpening kepala handle masalah. 
*Tu pasal agaknya orang kaya ni botak tengah dakpun ada sakit jantung* 
Saya? Kalau dah rezeki saper berani tolak kan..Anda ada berani?...
Klah klah tak nak cerita lelebih...ke sana pun sebab ada reward ok...
ingat sesaja nak pergi ke...kalau nak g jenjalan belum tentu boleh masuk k..
reward? macam grand je..padahal point untuk carry marks..



muka riang gembira masa nak bertolak


ya tau...itulah kami di mana kaki melangkah itulah status kami


ok dah lepas tengok bapak2 yang suka gaduh2 jom kita pulang


yesss...we are here!!!!



jom ah balik



Macam2 hal yang terjadi sebelum sampai sini tau.  Tapi yang kelakar 
la yang banyak nyer.. Ah Hong Ah Hong, dia ingat nak g soping agaknya...
Nak balik pun ada cerita gak. Nasib kitaorang la dapat pensarah cam tu....
Series wei, laki Normala Samsudin gojes bangat...



ooklah...jumpa lagi di coretan lain ye...bai...readers...
readers ke?