October 28, 2010

up seket!!!

wahwahwahwah......
entry dah masuk belasan ek...
ada rajin la ini minah ini bulan ma...
ni entry ke 14...ok la tu...
tu tandanya ai tak main2 habiskan masa kat sini....
serius wei...


kasi reward untuk diri sendiri la


jap nak gugel






eh kuar ni le





pulakkkkkk
suka la ko ekkk






ok ok last


baru betul...taula korang2 semua tak heran pon dengan 14 tu... 
tapi ai heraaannnn ok





*cepatla pulak upload gambar2 ni.
*cuba kalau muka aku...2 3 hari
*cibaiiiiii
 end of show...bai...

patbelas minggu sudahhhhhh

maknanya minggu depan dah tak payah pegi kelas dah sebab
akan kembali ke tempat asal jadi bibik ibu mithali untuk 
tiga minggu sebelum kembali semula 
ke tempat jatuh lagi dikenang sejak tiga tahun dahulu 
dannn ada lagi satu tahun untuk perasan jadi bujang...teehee

kelas ai kecoh tuuu ari selasa lepas sebab takut kasut melayang...
aishhh...ingatkan Bush je yang patttuutt dapat kasut
mana yang duduk tepi2 tu semua dah enjak2 kerusi ke tengah sikit
kang tak pasal2 jadi mangsa...
*rakyat indonesia jadi mangsa gunung merapi, kitaorang mangsa kata-kata berapi*
tak nak cite la pasal tu



sementara tunggu pensarah masuk kelas sempatttt lagiiii





 memori kampung pinang sebatang



pesal kepala aku mesti senget eh
 




*kenapa kenapa kenapa time nak  buat assignment time tu la aku sebuk nak update
*ok bai...nekad...assignment assignment...lasttt

October 23, 2010

it's saturday again



 pewiiiiittttttt




sabtu sama dengan tak der keje (padahal ada)
tak der keje sama dengan busan
bila busan mulalah ingat nak makan + tido bila dah kenyang
bangun tido busan lagi
ooo haiiiiiiiii














kalau tiap kali busan boleh macam ni kan syorganya


dah nazak dah ni...


boleh tak nak cite pasal pasal emmmm pasal ai lerrr.....ai kan student yang berhemah......ke? kalau student macam ai ni bila dah minggu minggu 13 14 tu memang minggu nazak kitaorang la..time ni la nak submit assignment, nak buat presentation la *ni yang sisa-sisa je tak pon lecturer bagi assignment minggu 3 suh antar minggu 14..oh heaven*, nak buat take home test la yang lecturer bagi masa 1 jam lebih kurang gitu dan antar dalam kelas time tu gak *ni take home test versi lecturer ai ye, korang ada?*.  bila dah semua last minute nak buat mesti ada yang lompang kan, kurang sana kurang sini tapi redhoooo je lah hantar asal ada nama ngan no.matriks cukup kat cover depan dannnn pastikan page yang dibuat ngam-ngam yang dengan lecturer suruh, kalau 10 pages jangan nak tunjuk handalan buat ayat panjang2 sampai terlebih sudah. itu ai memang prihatin la kalau bab page page ni  :)


sekarang ni dah minggu 13 minggu depan 14 dan kitaorang akan bercuti 3 minggu sebelom final exam. rileks2 la dulu kan raya raya dulu makan daging banyak2 pastu baru baca buku *baca ke*. sem ni banyak la ai beli buku kalau tak memang kedai india depan kampus la hala tuju kami untuk mengecopy buku2 yang berkenan. kat situ bukan ape..muraaaaahhh. kata student kan.


okehlah tak mau dah nak citer banyak2...


nak tengok takkkk?


entry mesti ada gambar baru best kan. eleh bukan ai sorang je yang cakap macam ni. kan kan kan...








komik2 yang ai hadap bila kena wat assignment kalau tak tak der maknanya...:}
ye buku politik yang paling banyak...
rasanya tak terasa pun nak jadi politikus 
tapiiiii
kalau dah rezeki sape yang tolak
nak jadi lawyer pon bolehhhh
buku2 ni yang versi ori
tak ori pon adaaaa








ada lagi lam kotak malas nak snap...:)










ai pon minat gak baca novel feeling2 ni...
dannn
terus jadi minat gila bila dah tau mana lubuk novel kat uni 
freeeeee






ok...bai...jumpa lagi di lain hari di lain entry...
oh merah...wajah kesayangan hamba...









October 21, 2010

new phenomenon.......ke?


isnin - khamis 6.30 ptg ye jangan miz ye cik puan cik adik jom meh ramai-ramai bawak twistis maruku duk depan tv.  kalau ada keropok lekor ngan cokodok bawang lagi terangkat seh.  dulu, adamaya yang semua duk admirer kat adik mia tu sampaikan mak-mak yang ada anak pompuan tu siap nak wat rambut macam mia...hekhekhek...aura mia




 
aku prefer yang ni sebab abang asmara...ahakahakahak.  seblom follow citer ni aku tak minat pon mamat ni sebab rasa macam .....*ok stop malas nak cakap*...tapi tulah orang orang ada kata kan jangan tak suka nanti kita akan suka...hahahaha...lagi satu aku suka gak la kat minah hujung sekali tu...bukan poziah ok...faralyn kot nama dia.  dalam citer ni nama dia melati...comelllll...jom kita sesama melayan okkkk


got to go now...where.....ha....biarlah rahsia bukan ko nak ikut pon
babai  bai....

October 15, 2010

JustForFun: Saya 'adore' mereka.

Mata saya memang suka disajikan dengan keindahan alam, kecantikkan wanita dan kekacakkan lelaki. Bila dah terpandang memang akan terus menoleh 2 3 kali. Atas sampai bawah satu-satu saya tilik. Mesti pompuan tu kata lesbian ke ape dia ni. Tak kisah la. Tak salah pun kan? Bukan keluar modal pon. Tengok je. Tak luak pun. 






oh! Sungguh gojes minah ni. Tak kisahla korang nak kata apa pun kat dia. Watever. Suka lakonan dia. Mantop. Selamat Pagi Cinta...sedey sob sob sob...Saya pun tak tau sejak bila saya minat kat dia ni. Tau-tau je saya kalau boleh memang akan cuba menengok semua citer yang ada muka dia. Lagenda Budak Setan, walaupun ramai yang kata tak best tp bagi saya dia ni la yang mengbestkan. Sorang lagiiiiii yang sungguuhhh cun.









perghhh...memang menjadi idaman la kan....tapi macam mana nak jadik macam dia kalau sambil buat entry sambillll makan cokelattt....hokeyyy dah nak abis dah pon. Dulu penah la jumpa nasha ni kat Subang Parade tapi boleh tengok dari jauuuhhh je la sebab masa tu dia kat bawah saya kat tingkat atas. Tak kan nak kejar kot. Memang tak la kannnn. Walaupun kata minat memang tak kan menempah malu la nak kejar sambil jerit2.



dan 




ada lagiiiiii







dua 'jejaka hensem' dalam hidup saya

eeeee......tak tau nak gambarkan perasaan, boleh?

October 10, 2010

aku kiut ehhh

2 hari lepas ada kawan zmn sekolah menengah dulu telah 'mengetag' aku dengan bendalah di atas ni. Aku buat tak tau je lah sebab mood tengah lari nak tengok picta2 dlm fb. Aku bc je komen2 member2 lain. Yg aku cam 3 org je kat atas ni, lain semua tak tau ilang mana. Short term memory la aku ni. Anyway, terima kasih la sebab berani kata aku kiut. AhakAhak AhakAhak. Oh!..cepat cari mana aku. 

October 9, 2010

bukan salah aku punnnn...

Kalau bebudak ni suka nak jadi cameraman, adakah salah aku?  

Adakah aku yang akan dipersalahkan bila ada budak tu cakap, cepat nak ambik gmbr (dia da pegang cam so nak tak nak memang aku la yg jd model)..
dan

Aku memang tak akan rasa bersalah sikitpun bila bebudak ni sanggup *sebab kena suruh*nak ambik picta aku..ok..

wakahkahkah....sabar je lah...




ini masa tak tido


ooo...ni keje korang ye time aku buat keje
ai jeling nampak


tempat paling best untuk baca buku 1page pastu tido



bila dah last minute mcm ni la



double chin..ahaks







woohooo...bangun pagi jangan nak buat lawak bodo ok

 



emmm...rasa macam nak buat entry 'AWAK LAGI' tapi mcam malas nak pikir kisah lampau sebab kalau pikir mesti suhu didihan naik...nantilah dulu..kasi i pikir dulu ye...

adiossss....
babai....
kalau rajin kita cite lagi ye...:)

jarang-jarang kadang-kadang

Dah lama rasanya tak berhibur menonton live show yang havoc gila. Dulu selalu la sebab memang major aku time dip. Tiap-tiap minggu memang kena bersuka ria. Kalau tak salah aku malam rabu every week kena gi fakulti sebab ada konfrensi. Masa tu segala macam persembahan ada -makyung, dikir barat, live band- Aku ingat lagi dulu kalau budak2 cos muzik wat show memang aku nak gi sesangat sebab rasa ohhh! seronok weh.Time tu kaki memang dah ikut melodi arrr. Tu tak gi konsert artis yang fofular lagi tu. 

Malam tadi ada la show yang kengkawan cosmate wat kat kampus. Sebab dah lama tak mencuci mata-telinga nak dengar bunyik bising2, jadi kami pon pergilah.  Nak bagi sokongan pun ya jugak kat kawan-kawan sebab mungkin bila pensarah kata ohh! ramainye datang tengok, bolehlah bagi A+(ada ke A+) Kitaorang datang setengah jam lambat. Tak sempat tengok opening.



Scroooollll down kita tengok lagak diaorang ok.








Masa aku sampai mamat ni (cosmate) dah ambik alih stage.  Oh! lupa!!! tajuk show diaorang "Konsert dari zaman ke zaman". Dari 70-an sampai 90-an. Time ni diaorang tengah wat catwalk start dari 70-an sampai 90-an.



Antara yang bercita-cita nak pakai kasut Jimmy Choo. Kapel of model. Kapel ni ok lagi. Ada satu kapel tu, si pompuan baru nak landing tangan atas bahu si lelaki tu menonong blah macam tu je. Iskh iskh kalau aku kat situ jugak aku tarik muncung kat laki tu. Malu malu isk isk
Ni bila dah semua model2 *kucing jalan* selesai.  Ada la untuk 3 era tu kot tapi aku tak perasan sangat la bila yang era 90-an tu. Ke aku yang buta tahun tak pun buta fesyen kott. Boleh la. Ada la bakat yang terpendam tu. Sesuai la tu walaupun ada yang jalan macam robot.
 

Second round (ke third round) plak diaorang wat miming artis. Ni budak dua ekor ni wat gaya Alleycats ok. Ada-ada aja bebudak ni. Tapi memang kelakar la diaorang ni.


Ha! try teka ni sape? 
Ni la kalau nak tau Mikel Jaksen sblm operate..Wakahkahkah
Cayalah Raja. Miming sambil menari step Mikel tu. Berapa lama praktis tak tau la. Antara ramai2 Mikel ori ni yang aku gelak abis ni. Ni pon cosmate aku gak.



Ni Sudirman. Muka adalah iras-iras.


Aisyah da tobat ni.



Abaikan pompuan halimunan tu. Aku tengah aim gitaris putih tu sebenarnya. Cam aku kenal jekk. Tapi tak nampak sangat muka dia. *Adakah kekasih gelapku dulu*
Takkan dia pon kat sini gak...kenapa tak penah jumpa pon


Ni lagi sorang. Sengal. A hai senyum lah senyum lah cek mek molek.
*Tepukan gemuruh ar time ni*



End of show. Time ni diaorang nyanyi lagu kumpulan feminin. Dengan lecturer diaorang sekali enterframe.  Banyak lagi sebenarnya versi artis yang diorang buat. Ada jamal, ogy, anita sarawak, raja ema. Tapi, yang tak boleh blah tu Mikel. Tiba-tiba ko nak menyelit ye Raja. Agaknya ko punya pengarah tak tau nak bagi watak apa kat ko kot.





oooppss!!!harus la aku pon nak enterframe gak. Time panggung dah kosong boleh la nak menyemak.




Eh!!! Balik sekarang...



Okeh dah selesai buat entry yang hazab nak tunggu upload picta lama giler. Nak kata muka aku tak laku baru dua keping aku tempek. Kalau 8 keping muka aku saje maunye 5hari aku nak tunggu duk loading je.

Dah..boleh tido sekarang..esok entry lain pulak.
Bai...adios...selamat pagi

October 7, 2010

tak boleh celen rekod aku lagiiikkk

nak tau nak tau..aku tido pukul 7pg td. insomnia ke? tak koot tapi ada la skit2. biasa pukul 3pg dah rebah dah.  tapi malam sebelum tu punnn aku tido pukul 5pg gak. rasa-rasanya boleh tak kalau aku nak apply jadi supervisor guard. kalau guard macam zalim sangat bunyiknya.  kalau dapat novel lagi up sikit time aku tido.  nak nak pulak kalau esok tu tak der kelas (kalau ada kelas pun aku boleh ponteng).  


nak tau ke aku buat apa sampai pukul 7pg baru balik umah, baru jumpa bantal ngan selimut, baru nak buat taik mata pukul 7 pg....bla bla bla...kau pergi beronggeng lorong ke? uishhh tak patut la kalau cakap aku macam tu okk.  lagikkkpunn aku bukan pergi sorang-sorang.  aku bawak geng.  




aku kan budak sekolah.....




jadi. persidangan aku mestilah berbentuk ilmiah ok. kena siapkan kes review tu *bunyik macam ambik law je kan*
aku pun tak tau pensarah aku ni tau tak yg kami-kami ni bukan bebudak law ok. kot la masa nak bagi tugasan tu tiba-tiba hilang ingatan ke.  choiiiii...ya ampun ye cikgu...anak murid mu dah termengata.  apapuunn kerja siap ok.  betul salah belakang cerita. asal dah ikut skema-skema yang dia nak dannn yang penting cukup page okkk....


siap tuan rumah buat open house lagi tapiii instant maggi aku bawak. tuan rumah reti buat air tu punnn air segera gak. dan ada gak la choki-choki wat ilang ngantuk.  parlimen start 9 malam tu. gila bai kalau tak mengantuk. kena pulak wat kes review of cos la kena buka kamus. ngam ngam subuh baru siap.


tapi tak dapat lagi la celen rekod personal aku. 35jam tak tido time exam. lepas 35 jam terus *weng* kong terus. 

syabas! syabas!

perjuangan belum selesai. masih ada yang menanti ok.

 
ok nak pergi sambung baca novel la.  babai...

October 6, 2010

geng baru..rezeki bertambah..pening pening


Kerajaan dah ambil keputusan yang bijak bila mengenakan hukuman mati kepada manusia-manusia yang membuang sesuka hati anak mereka-mereka. Kes akan di siasat  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.  Kalau dulu orang tak heran dengan hukuman kerajaan sebab siasatan hanya di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak. sebab tu diorang berani  buat berani buang.  

Berita lanjut kat sini


Series. Sian la baby baby yang kena buang tu. Aku memang tak leh tengok gambar-gambar baby yang kena buang. Siap ada yang kena bakar, buang dalam jamban. Agak agak la wei kalau memang tak nak pun..kau buang dalam jamban, maknanya kau samakan manusia ngan najis. Ciss!

Mari kita tengok siapa yang kena dulu lepas ni.  Agak-agak ada lagi tak kes ni lepas dah ada pesalah kena gantung.  Dah macam-macam tindakan kerajaan pun kau masih tak heran kan? Hah! ambik kau.  Zap zap sentap. Ada berani.  Tapi, siasatan mesti makan masa la.  Bukan senang nak cari bukti. 

Tapi, macam mana pulak kalau pesalah tu budak sekolah ek? 
Aku pun tak pasti sangat la.  


'Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu'.

Wahhhh...ada unsur-unsur promote kerajaan tu.  Ye! cepat cepat siapa ada masalah dalam permasalahan ini sila dapatkan bantuan kerajaan ye.
oh! tahun ni aku bakal dapat dua anak. Anak? Anak buah ok. Sorang dah selamat.  Sorang lagi dalam labour room sekarang ni.  Harap-harap semuanya ok. Selamat. 



Ye! ye! akan bertambahlah kepeningan aku di kala mereka-mereka ini bermain-main bersepahan.  Jap nak kira berapa orang dah ye cucu ma aku ni.
Hah! 10. Ma, sedar ke tak dah 10 ma. Hahaha! aku pun terkejut. Satu jari kena ulang dua kali. Tapi, yang ada sekarang ni 9 la sekali ngan anak-anak aku.



Tahun depan? Tak tau nak kata. Hahahaha! Kita tengok je la giliran siapa plak.  Adakah orang yang sama dengan tahun ini? Persoalan tu...


Ichiro san...ai shitteteru ( gmbr dicuri dr fb mak dia)

Berita baru diterima.  My sista dapat baby boy. Congrate! congrate!
Mama chiro, ada rasa hot ke soklan di atas...
Kuikuikui...babai...



Latest.



inilah rupenye anak buah baru aku.  sengal punya mak.  dia cakap muka putih tapi ba.. to... itam legam.  hehehe. 3.4kg. nama tak tanya la pulakkk.  nampaknya sista aku yang ni la juara bilangan anak antara kami berempat.  3 dah anak dia ye.

tak der la ! ini bukan n3 kembali ke zaman dahulu kala









Ye ! aku dah reti (reti = bukan kata ganti pandai) nak main kompang dan gendang.  Aku dah ada bukti ok.  Berkesempatan bermain alat-alat muzik tradisional tidak memberi efek bahawa saya seorang perempuan melayu terakhir.  Tapi adalah sikit bangga sebab dah lama nak pegang kompang dan nak try ketuk2.  Memang best la. 
Tapi...
 Dem!!!  

Sakit tangan weh. Dua-dua sakit. Tapak tangan kanan merah tangan kiri lenguh pergelangan.  Berat rupanya bendalah ni. 

Dah.
Lain kali kalau ada peluang nak main lagi.





October 4, 2010

main masak-masak

Hari minggu aku tak der lah perrgghhh hangat dowh... jadi kami 4 orang rasa nak kembali ke zaman kanak-kanak 4 atau 5 tahun.  of coz la kanak-kanak gugirl yang riang perasan very the ladies gitu. Jadi, kami telah ke pasar dan membeli bahan-bahan yang real ye.  bukan petik daun bunga raya buat sayur atau batu buat lauk. :)

Sedap okey.

adatla duk kolej


lauk laut


finally...tom yam 4 serangkai...hik hik hik 

okeh...thank u...

October 2, 2010

weeehooo...n3 cun

assalamualaikum...(cewahhh)

weekend yang free...



hasil kefreean...

agakkk memberansangkan...


cepat!

nganga mulut tutup ngan tangan pastu cakap omaiGod...