August 16, 2010

hari ke-3 puasa




KUALA LUMPUR: Kejadian ribut yang melanda Jasin, Melaka pada Jumaat lalu adalah kesan daripada Monsun Barat Daya dan bukannya fenomena luar biasa.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Alui Bahari berkata, Monsun Barat Daya, yang berlaku dari Mei hingga September di Semenanjung Malaysia akan mengalami kejadian ribut petir yang kadangkala boleh mengakibatkan kerosakan harta benda.


"Kejadian ribut di Jasin bukannya fenomena luar biasa kerana ia sama seperti kejadian petir yang boleh membahayakan diri seseorang sekiranya mereka berada di kawasan berdekatan besi, padang dan pokok," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian itu di Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin, Melaka, mengakibatkan dua peniaga dan seorang pengunjung terbunuh, manakala 18 cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut.


Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau, Jasin, Melaka dan pengunjung Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, Jasin, Melaka.


Alui berkata, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kejadian itu tetapi mereka perlu sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan sekiranya kejadian ribut berlaku pada masa akan datang antaranya jangan berada di kawasan berdekatan pokok.


"Selain itu, beliau juga menasihatkan orang ramai agar jangan berada berdekatan gerai-gerai makanan yang boleh menyebabkan peralatan berterbangan serta jangan memandu kenderaan atau menunggang motosikal," katanya.


Beliau berkata, tindakan terbaik adalah berada di dalam sebuah bangunan.


Alui berkata, jabatan itu hanya dapat meramalkan cuaca dan bagaimanapun kadangkala ramalan itu tidak tepat.


"Oleh itu, orang ramai perlu sentiasa mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.


Katanya, maklumat lanjut berkenaan cuaca boleh diperoleh dengan menghubungi jabatan itu di talian 
 03-79678000.-Bernama 

(petikan harian metro)

August 14, 2010

cerita zaman dahulu kala setahun sekali...


 assalamualaikum wbt...
halo halo halo...day 4 berpuasa. Amacam? Ok je kan? Tak lapar dahaga pun. Cuaca pun ok jer. Tak panas. Kat sini sejak 1st puasa lagi asal petang je hujan. Best! Sejuk! Nyaman! Dingin Ramadhan. Terawikh hari 3 4 dah tak hot macam 1st day puasa. Tikar pun tak panjang dah bentang. Mesti ramai gi terawikh kat masjid boleg cuci mata isi perut.


Dulu. tak ingat dulu tu tahun bila, bila dengar puasa dah dekat saye akan kata kenapalah ada bulan puasa ni. tak syok wooo. bukan tak syok kena puasa tapi kena bangun pepagi. bukan tak suka bangun pepagi untuk sahur tapi untuk berjemur dengan api kuyup kaki berendam dalam air.


Biasanya 'first night' bila nampak muka atuk ni ma saye tak memulakan lagi operasi dia. Malam ni la kalau kami kami semua nak feeling feeling bersenang lenang dulu pun. Start malam esok siap la kami kami dikerah untuk masuk ke zon panas sejuk. Operasi kami bermula selepas berbuka puasa. Dah lepas melantak ingat boleh tido suke suke makan colek ke? Jangan harap le. Sebenarnya ma saye ni tauke beledo timun atau dengan bahasa urdunya agar-agar tembikai ye puan2 adik2 semua.  Kami akan memproses beledo ni ikut tempahan la ye. Ma saye letak kat atas pasar ngan bazar ramadhan.  Purata satu malam sambung lepas sahur kami kami boleh menyediakan dekat 60 bekas beledo.  Sekali masak untuk 5 bekas.  Ho ho ho...bukan senang macam tu aje ye kalau nak kata 'hek eleh setakat 60 bekas apala sangat'. 

Tak tau la step dia betul ke tak ni sebab dah lama tak buat kerja kerja bersengkang mata ni. 
  1. Hidupkan api pakai kayu api ye. Kalau pakai gas memang 3 hari 3 malam la nak siapkan 60 bekas tu. Periuk kategori bapak periuk.
  2. Sukat air. Ma saye dah buat sediakan satu baldi kami kami cuma sukat air ikut penanda kat baldi tu aje.
  3. Masukkan air dalam periuk + gula + gula batu + daun pandan + agar agar berape plastik ntah. Ma saye guna agar-agar siam yang ada gambar singa ke hape ntah.
  4. Tunggu sampai mendidih ye. Mendidih bukan nak sekali mendidih je. Orang tua ni pun reti demand jugak ye. Teori ma saye kalau agar-agar tu mendidih sekali je nanti beledo tu jadi lembik. Masa ni la saye katakan tadi kami kami akan berjemur dengan api tu. Biasanya part ni memasing mengelat tak nak jaga periuk tu sebab panas dannnn yang selalu kena biasanya we(bapak) saye le. Kuikuikui...
  5. Dah agak agak pekat mendidih atas api tu, seorang kena pecahkan telur dan asingkan telur putih ngan telur merah. Kita gunakan telurkan putih aje ye. Telur merah saye cite pasni ye.
  6. Telur putih tadi dipukul sampai kembang. Ha...masa proses ni tangan kena kuat  ye sape sape yang jadi pemukul tu. Kami kami tak pandang le mixer ni. Semua pakai kerahan tenaga original.
  7. Bila dah kembang telur putih masukkan agar agar yang dah masak tadi tu. Hambek kau. Satu baldi besar tu. Pastu bahagi dua le. Dapatla sorang satu baldi.
  8. Masa nak pekatkan adunan ni kena rendam dalam air ye. Time ni memang akan berendam dalam air le. Kaki biasanya akan kuyup le. Tangan plak berasap sebab duk 'genjok' beledo panas.
  9. Rasa rasa dah pekat tu barulah tuang dalam bekas beledo. Belum siap lagiiii. Masa ni tenaga pakar diperlukan untuk mengkalerkan beledo tu jadi warna merah. Part ni ma saye le terer. Hok lain assistant je.
  10. Bila dah siap kaler merah tu, letak lah beledo hitam (beledo cincau tu la) kat warna merah sahaja. Jadilah beledo timun. Macam buah tembikai tuuuuu..
  11. Kalau tak siap malam tu kami akan sambung esok pagi pukul 3 kena bangun dah. Malam tu pukul 12 baru boleh tido. Begitu lah kami sebulan di bulan puasa. 
  12. Tak siap lagi lerr.. pagi esok bila dah keras beledo tu seorang dua dari kami duk mengadap beledo tu sebab nak bubuh efek kaler ijau plak. Part ni memang ramai yang berebut lah sebab keje senang je. Duk atas kerusi pastu sapu pakai berus je. Tapi sebelum jumpa cara efektif pakai berus ni, guna jari pun boleh...hahaha...raya dengan jari ijau le. Saye, memang tak le sebab zaman guna jari tu saye masih enak tidur.
  13. 13 dah. Kan saye dah kata bukan senang. Kalau senang 1 2 3 je. Oh..cerita pasal telur merah plak. Sambil2 buat beledo timun tu ma saye masak beledo kaya. Telur merah tu yang kaya nya. Tapi, beledo ni kurang mendapat sambutan sangat. Tak tau la kenape. Paling banyak pun belas-belas gitu je dalam satu hari. Beledo kaya ni lagi rumit woo mau buat. Sekali masak sebutir je. Oh..tak nak tak nak..
  14. Esok pepagi lagi we saye akan punggah la beledo tu pi market. Kalau hari sekolah we saye sorang je lah yang angkut naik atas. Kalau tak sekolah muka saye la pepagi lagi melepak turun naik tangga market tu sebab tu dulu saye selim :) . Bulan puasa pun buat senaman.
Dah tau kenape saye tak suka bulan puasa kan. Tapi, yang bestnya bila malam raye atau malam last buat beledo le. Kami dapat duit raya gaji. Mewah la bagi saye yang masih bersekolah time tu. Yang meriahnya rumah saye masa bulan puasa sebab kami together2 buat beledo ni la siap ada tenaga import lagikkk.

Saye tak der picture beledo ni sebab kami dah lama tak buat kecuali ada permintaan. Dan sekarang orang yang mewarisi bakat ma saye antara kami adik beradik ialah adik bawah saye. Ada je orang tempah ngan dia. Kek span pun dia jugak...

Kalau nak tengok resepi sila ketuk rumah kakak saye. Manual je lah. Saye tak reti dah belajar  tapi tak jadi so malas belajar lagik buat linklink ni. Nanti2 la saye belajar. Ada sape2 nak ajar?


http://cikepel.blogspot.com

anyway, ni adalah menu kedua saya malam ni. masa berbuka tadi saya TAK MAKAN NASI okk.

Rojak Singapore tak payah pegi Singapore kalau mengaidam
 

 fuuuhhh! full tank dah...alamak! tart epal ada lagi...bila mau makan ni..

Bai. Thanks for reading. Please!do come again. 

hoooraayyyy!!!!

rajin sangat punya pasal.  wajah baru.  
kuikuikui...
hitam itu menawan...
no more colours...no more flowers 
tapi tak tau ler bape lama boleh stay ngan wajah baru ni.  
bila dah boring tukar le lagiiiiiiiii...
yang kaler2 pastinya...

August 10, 2010

day out

jom kita berhibur beronggeng ber ber ber. sebab. lepas ni dah tak boleh. sebab.  dah nak puasa. sebab bila puasa rasa macam oh nak tido saja. kalau masa berjalan boleh tido rasanya dah lama menjadi amalan hidup.pasti tak payah ada bilik tido sebab di mana mana pun boleh tido. eh...tak nak boleh bayang lah macam mana keadaan orang yang tido sambil berjalan...lagikan member sebelah tersengguk-sengguk tido dalam kelas pun saye dah gelak gile2...nasib baik la masa tengah tahan gelak tu pensarah yang dikagumi tu buat lawak. boleh la saye melepaskan kegelian di hati. hahahaha...

kepada semua rakan rakan happy fasting di bulan ramadhan.  sama sama la kita memeriahkan bazar ramadhan kita yang tak berapa nak meriah kalau kita tak pergi.

kepada kakakku merangkap pembaca setia belogku selamat puasa tak cukup la ye...raya ni aku nak masak enak2 yang maha lazat. aku bagi rasa sikit je lah...

kepada readers yang tersalah buka blog saye ni...selamat berpuasa dan beramal jariah di bulan ramadhan ni...jom kita kutip tiket banyak2..


pic tak ada kena mengena ngan nak pose ye

classmate yang kena gelak...ekekeke

kenyang perut senang hati

tengok aje

nak jugak enterframe ye hana

penat korang posing. takpelah. i tempek la jugak muka korang.

emm...enaknya menjamu selera dengan pama tom yam...
ok..sudah. tamat.

August 4, 2010

beberapa hari ni saya

Mula sedar diri ketuaan saya di uni sebab dah kena start buat proposal untuk kertas kerja sebab kalau bebudak baru masuk uni tak payah rerajin kerah otak cari sumber untuk tajuk sahaja. tajuk sahaja ye. tak masuk lagi bab 1 2 3 4 5. Kalaulah saya boleh buat tajuk 'kek untuk harijadi anak2 saya'. oh! bahagianya.  tapi kan. tapi kan. tapi kan. saya teramat sungguh menyukai rasa ketuaan ini sebab itu tandanya saya dah nak habis bergelumang dengan dosa sebab asyik duk kutuk2 dan gelak2 kalau tengok mangsa fesyen orang pelik2 kat kampus. Pastinya kegelakkan itu saya berkongsi dengan kekawan saya.  

saya juga dah tak payah nak berebut naik bas untuk ke kampus pepagi buta walaupun orang lain lagiiiii pagi buta dah tunggu bas.  Housemate saya ada 4 orang budak junior sem 1. hari kuliah saya tak penah terserempak berebut bilik air ngan mereka walaupun memasing kelas kul 8pg. sebab. bila saya bangun tido bilik air semua dah clear. saya rasa 6.45 pg adalah waktu yang agak liat untuk saya bangun. tapi. saya pun tak tau diorang bangun dan mandi kul bape. cermin besar jugak saya yang konker pepagi ye sebab memang tak de orang nak kongsi ngan saya sebab time saya duk menilik tu mereka dah turun tunggu bas. ntah2 dah sampai kelas da. sungguh gigih mereka membuka mata pepagi ye.

semester ni jugak saya dah buat perjanjian dengan kekawan saya untuk berlaku seperti pelajar yang menuntut ilmu. nama pun menuntut ilmu. jadi ko jangan harap ilmu nak datang melutu kat ko ye. pergilah cari ilmu. itu kata pensarah saya yang memang saya agak takut tak sabar nak masuk kelas dia setiap minggu. saya sebenarnya berasa sebanyak kagum juga dengan pensarah saya yang sorang ni sebab asalnya dia adalah lawyer. jadi, bila dah asalnya lawyer kepetahan dan pengetahuan dia memang perghhh...hadis pass, speaking london cair di mulut , bahasa arab pass, ayat al-quran hafal lagi lagi lagi...tapi. mulut dia mengalahkan bini dia saya agak la. dia main tunjuk je sape-sape yang dia rasa cantik hensom untuk jawab soklan dia. kalau soklan tu memang termaktub dalam pengetahuan am kalau ko tak leh jawab siap la. 

nak dijadikan cerita dalam ramai2 student dia dalam satu kelas yang sampai tak cukup kerusi tu boleh dia tunjuk kat muka saya yang sememangnya tersangat amatlah luas pengetahuan am (perasan kejap ye).  tetiba dia tanya saya rukun negara ketiga. aduhai. apa rupa saya ni ada rupa rakyat zimbabwe ke. ok. tak pelah. pikir positif la kan. mungkin dia lupa rukun negara yang pertama dan kedua je kot so, yang ketiga dia tanya saya la kan. dengan bangganya saya bangun dan jawablah. KELUHURAN PERLEMBAGAAN. kata ambik subjek ala-ala lawyer gitu. so, kena la tau kan. konklusinya. kalau nak masuk kelas dia kenalah bersedia. tapi saya.



tanpa rasa bersalah menuntut ilmu

oh sebenarnya kami amat rajin

ini bukan ujian sila tiru

semangat bangunan baru

Kami memang bebudak yang teramat baik sebab sebab sebab kami suka pergi seminar yang berbentuk ilmiah walaupun tidak ada kena mengena ngan kami. sebarang seminar atau show yang tidak ada yuran jangan harap kami nak pergi. apabarang layan show murahan. itulah yang terjadi pada kami minggu lepas sebab kami pun tak sangka kami akan pergi seminar kesusasteraan melayu sebab budak sastera pun tak rajin macam kami. mulanya ada sorang kawan kami yang bagitau semua wajib pergi seminar tu. pelik gak macam mana dia boleh tahu wajib padahal kami satu kelas dan kami tak pernah lagi dengan malasnya memonteng kelas.tanpa banyak cerita kami pun pi bayar yuran RM10 (breakfast+lunch+minum petang+fail+buku nota+cd+sijil). okla tu dengan rega seploh hengget. 

tiba pada hari kejadian dengan bersemangat berseminarnya kami pegi kampus. 1/3 je ada penghuni audi kat kampus tu. yang lain...jawab sendiri. tak der maknanya wajib. terasa macam dipukau2 lak. kalau tak haram kami nak pergi sebarang seminar ke, ceramah ke, show ari raya ke...jadah...jam sekarang pada malam n3 ini ditulis ni sebenarnya ada mesyuarat agung PPMas. wajib la bagi sokongan untuk persatuan course kan...tapi saya. kalau saya pergi sape nak buat n3 mak bapak panjang ni (tetiba alasan ye). jadi, bila saya kata saya kena pukau tu agak agak betul la kan... :)
k.nana...bayar balik duhit sayaaaa...


tekun berseminar

layan je lah gambar hangus saya

ciku cak

jangan marah eh korang tak mintak izin

mamat belakang tu sebenarnya nak usha budak baju ijau tu. siap ajak g kalumpang lagi. tapi kawan saya cakap nak pergi boleh tapi kenala bawak kami semua berempat. kalau 2 2 jangan harap. macam mana nak bawak 4 orang weh. pening dia pikir sebab dia g kuliah pun naik motor je...hambik kau...berangan lebih nak usha orang. ini kejadian hari ni. mamat tu siap cakap kat budak baju ijau tu...'kura-kura dalam perahu, jangan buat-buat tak tahu'...mampos aku gelakkan mamat tu. (ikut format tak caption saya yang gile gila panjang sebab nak citer pasal mamat tu)

satu lagi perjanjian kitaorang untuk semester ni dan tahun ni. tahun ni kami bakal menjejakkan kaki ke kampus untuk jamuan hari raya. dah nak raya la wei. sepanjang 3 tahun menuntut ilmu tak penah sekali haram pun kami pergi jamuan hari raya bila persatuan course kami buat. bukan tak suka tapi selalunya diorang buat jumaat malam dakpun ari sabtu. kalau hari-hari begini saya dah selamat ho ho ho balik kampung la. tahun ini mungkin kami akan meramaikan majlis la sebab dah tahun last nak sambut kat uni kan. konklusinya, baju raya kena jahit vogue de vass la.


thanks 4 reading. have a good day ya...  :)
toinktoinktoink